Apabila seseorang itu mengatakan yang dirinya ALIM maka akan bermulalah keJAHILannya.Belajar!!Belajar!! dan Belajarlah...


Sunday, January 07, 2007
Dah hijrah...

Assalamualaikum wbt....

Sekadar memaklumkan kepada sahabat-sahabat tentang penghijrahan ana ke rumah baru ni...

http://drkadir.blogspot.com

hihi dah lama nak pindah cuma baru sekarang dapat buat tul2.Lagipun mmg nak masuk bulan Muharram dan maal hijrah dah kan?Big Smile moga sama-sama dapat manafaat yer....

Jazakumullah Khairan Kathiraa..


Posted at 11:04 am by Dr_Kadir
Comments (2)  




Wednesday, January 03, 2007
AidilAdha kali ni...

Assalamualaikum wbt...

Sayu rasanya bila mendengarkan kalam Imam Masjid Hidayah semalam seusai solat Asar semalam, "La takbir ba'da hadza waqti" (dah takder takbir dah selepas waktu ni) Dah berakhir dah Hari Raya dan hari-hari tasyriq untuk kali ni. Rasa rugi sangat sebab tak sempat nak takbir lebih banyak dari sepatutnya. Harapkan Akmal je yang selalu pasang alunan takbir thru PC dia time nak tido, so bila bangun pagi tu akan selalu la dengar takbir tu. Apepun mudah-mudahan Raya kali ni memberikan banyak makna buat diri kita dan melatih kita untuk lebih banyak berkorban...

Raya Kali ni.

Kali ni buat pertama kalinya tak pergi solat raya dengan masyarakat melayu yang lain sebaliknya. Pada mulanya mmg planning nak ke ARMA or Masjid Musa untuk solat raya kat sana. Tapi bila fikir2 balik dan melihatkan Idil dan Akmal yang semangat nak raya dengan Arab so turut sama mengubah fikiran. "Raya dengan arab la kali ni" So lepas mandi sunat, bersiap semua turunlah ke Masjid Hidayah untuk bersolat raya.

wah... meriah jugak arab ni sambut Raya Haji, memang meriah as kat masjid-masjid pun dihiaskan dengan belon2 dan pelbagai hiasan yang lain. Teringat kata-kata akmal "Kat Malaysia takder la gantung-gantung belon camni"
J dalam hati "kat malaysia kalau buat camni mesti dikatakan bid'ah lagi..."J
Apepun sememangnya masyarakat arab kat sini lebih mengutamakan sambutan Aidil Adha berbanding Aidilfitri. Tak tahu kenapa tapi mungkin kerana banyak peristiwa-peristiwa penting Islam bersempena Hari raya Haji ni dan pada waktu ni jugak diwajibkan bagi umat Islam yang mampu untuk menunaikan haji dan dalam waktu ini jugak bagi mereka-mereka yang berada mengambil peluang untuk sama-sama mengorbankan kambing, lembu mahupun unta sebagai saham mereka di akhirat kelak dan pada waktu ini jugak bagi mereka-mereka yang tak berkemampuan diraikan dengan mendapat pembahagian daging-daging korban tersebut. Pendek kata semuanya merasai erti dan nilai Aidil Adha tersebut. So tak hairanlah bila mereka cukup mengambil berat tentang sambutan Aidil Adha ni.

So selesai solat, masing-masing pun pulang kerumah masing-termasuklah kami bertiga... Sampai kat rumah diri ni tak sabar-sabar dah nak makan.(lapar.... tak makan sebelum solat as sunnah untuk lewatkan makan pagi selepas solat eid) Bukak peti ais still ada lagi nasi yaman baki majlis bukak puasa semalam. Panaskan dalam rice cooker sambil tu ke dapur untuk carikan dulang. "Alaa semalam tak bawak balik dulang dari Rumah Pikai..." so terpaksalah kami makan pakai 2 talam kecik je. Isk isk... Kurang seri bila hanya kami berlima je yang ada pagi tu. Muslim dah ke ARMA untuk beraya kat sana sementara Wan pulak mungkin dah bertolak ke Muzdalifah time tu. Moga mendapat Haji yang Mabrur yer Wan...Doakan kami!!

Lepas makan still confuse nak ke ARMA ke tak. Ke nak pi rumah Abang Hazri tolong Mamat Sembelih khoruf? Pikir punya pikir last2 buat keputusan pi rumah Abang Hazri je bila memikirkan takkan ahli bait nak buat korban kita tak join. Sampai-sampai rumah abang Hazri rupa2nyer mmg tak cukup orang untuk uruskan korban tu. Nasib baiklah kami datang... Idil ngan Mamat terus angkat khoruf yang Mamat kasi nama Dolly tu ke dalam bilik air. Kemudian masing-masing ambil tempat masing-masing untuk memulakan operation, My site, pegang bahagian kepala.(huhu seram jugak. Silap gaya tangan sendiri lak yang kene potong dengan Mamat) pepun Alhamdulillah semuaya dapat dilakukan dengan sebaiknya oleh doktor-doktor mesir ni. Selamatla Dolly dikorbankan dengan tenangnya... Selesai menyembelih aktiviti melapah, yang ni yang lama dan letih skit ni. Sedar tak sedar dah sejam lebih berlalu dan dah masuk waktu Zohor...

Akhirnya Ana, Idil dan Akmal terpaksa minta diri dulu sebab kitaorang ada mau'eid dengan Ustaz Azhar untuk beraya ke rumah Selangor lepas Zohor tu. Kat Rumah Selangor ramai la pulak budak-budak tibb ni berkumpul terutamanya yang mmg berasal dari Selangor la dan ramai jugak budak-budak tibb 1st year dari Alex. (Bagusnya diaorang sanggup turun jauh2 beraya kat sini) Lepas Solat Asar kat kami berlima,(tambah Hamdan dan Iqbal) ramai-ramai ikut Ustaz Azhar ke rumah baru naqib kami tu.Lama jugak kami kat sana. Kemudian bila tengok jam dah nak dekat Maghrib dah kami pun mintak diri dulu untuk sambung perjalanan ke Arma lak...

Emm part ni yang panas, sedih dan kesian ni....Semuanya bercampur baur. Sebaik kami beransur daripada rumah Ustaz Azhar menuju ke ARMA, kami pun berjalanlah menuju ke jalan besar. Jauh kelihatan sekelompok akhawat tibb tahun satu yang ramai dah pun berada di tempat menunggu bas tu. Mungkin baru balik dari beraya di rumah Selangor. So memandangkan waktu Maghrib dah masuk kami abang-abang yang prihatin ni pun menawarkanlah diri untuk musyrifkan diaorang. Tunggu punya tunggu takder bas yang ke abbasiyya tiba. Sekian lama menunggu akhirnya tiba juga...sebuah bas

Kami : Abdul Basya?(nama tempat)

Kumsari : Aiwah Abdul Basya

Seorang penumpang : La! Bas ni tak sampai Abdul Basya sampai kat Kubri Jambatan kat Abbasiyya)je.

Kami : key tak pelah

Kumsari : Leih? (kenape) bas ni mmg ke Abdul Basya. Nanti sampai kat Kubri mmg kitaorang akan ke Abdul Basya

Seorang Penumpang : No He does'nt go to Abdul Basya. Ask him! (waa arab ni speaking la plak)

Langsung driver bas tu turun dan negotiate dengan kami. "Kau nak pergi Abdul Basya kan?naik je la kalau kitaorang tak pergi Abdul basya nanti korang ambik je balik tambang."

So dalam keadaan kalut camtu, dan takut-takut terlepas maghrib kalau tunggu lagi lama, kami pun mintak adik2 ni semua naik dulu emm 15 orang semuanya...Sesak! dan akhirnya ana dan Idil je yang sempat masuk dalam bas tu jugak. Yang lain terpaksa tunggu bas lain.

Dalam bas tu plak kami bertanya, tambangnyer berapa."1 Junaih" Emm 17 orang semuanya so 17 le. Kami beri 20 le dan meminta baki 3le. Tiba-tiba kumsari tu kata "1le sampai ke Kubri nak masuk ke Abdul Basya kene tambah 25 piaster lagi. Emm mendengarkan camtu ana pun tambahlah lagi 5 le "Kifayah kida (cukup ek)" emm diapun angguk je. Sememangnya laluan bas biasanya akan lebih jauh berbanding laluan yang diambil oleh Tremco untuk sampai ke destinasi. So kami pun bersabar je la atas bas tu walaupun terpaksa bersesak-sesak.Kat 20 minit dah atas bas, bas tu berhenti kat suatu tempat yang dikatakannya Abdul Basya.Actually awalnya tak pasti kat mana dia turunkan kitaorang walaupun dalam hati rasanya tempat tu still jauh dari Abdul Basya. Tapi sebab dah agak lewat, malas nak bergaduh, dan penumpang-penumpang lain cam tak selesa. Kami pun turun.

"Jalan terus kat sana Abdul Basya, dekat dengan Kuliah Handasah yang korang cakap tu" Kata Kumsari tu menunjukkan arah Abdul Basya. Ana dan Idil pun musyrifkanlah adik-adik ni ke sana. Still tak cam tempat tu awalnya hinggalah kami nampak satu station minyak di Ghamra yang mmg jadi landmark kami untuk ke ARMA. "Laa kat Ghamra dia campak kita?"panasnyer hati bila diingatkan ditipu sedemikian di Hari Raya pertama camni. Ape taknye, kami terpaksa berjalan plak dari Ghamra ke Arma tu yang jaraknya hampir 2km. Kesiannya dak2 ni penat berjalan plak dan waktu maghrib pun dan makin suntuk. Alhamdulillah still sempat tunaikan solat Maghrib di Arma. Hai... dah tahun 4 pun still kene tipu dengan Arab lagi. Seronok betul diaorang menipu yer. Tak tau ke duit yang diaorang dapat tu takkan halal bila tipu camtu, tak pikir ke diaorang yang diaorang dah menyusahkan saudara semuslim, hampir menyebabkan orang lain tertinggal solat Fardhu lagi. Bertimpa-timpa dosa yang dikaut.Mudah-mudahan Allah memberi hidayah kepada mereka. Dalam jalan-jalan tu Idil pun kata "mmg betulla kan orang kata Mesir tak leh nak maju sebab rakyat dia" mmg sivik diaorang cukup rendah. Camana ye kat Malaysia...?

Begitulah lebih kurang sambutan raya kali ni. Seronok, sakit hati, suke, dan macam-macam lagi. Namun ape yang penting ambil lah Semangat Hari Raya Adha kali ni sebagai satu titik tolak untuk kita terus mengorak langkah menjadi hambaNya yang lebih taat dan membawa keazaman yang lebih teguh untuk berjuang meninggikan syiar Islam di muka bumi ini insyaAllah... Key ilalliqa'

Salam Alayk!!


Posted at 02:55 pm by Dr_Kadir
Comments (3)  




Sunday, November 19, 2006
Andainya Permpuan tahu...

Assalamualaikum wbt...

ANDAINYA PEREMPUAN TAHU…SEBENARNYA…

1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.

3. Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita

4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita...

6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan…

7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi kali pertama!

8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

9. Bila lelaki cakap.."Emm..tengoklah dulu"..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

11. Kebanyakan lelaki yang nampak 'desperate', datang dari sekolah all boys!

12. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

13. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata2. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham Kenapa perempuan bersikap begitu begini... kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.

14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan 'flirting' dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa...yang lain hanya kawan..

15. Bila lelaki tertengok wanita dan wanita itu menyedari...maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja....Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!

16. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.

17. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti...

18. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.

19. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir daripada perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah sempurna 100% walau bagaimana sekali pun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga insan biasa dan mempunyai kelemahan!

Emmm copy and paste dari blog Ustaz Fatah, http://permataaqiq.blogspot.com Menarik tapi mungkin tak semuanya betul tapi ada juga benarnya...sama-sama renungkan dan fahamilah ar rijal ni yer...

Jazakumullah khairan kathira...


Posted at 03:07 pm by Dr_Kadir
Comments (4)  




Friday, November 17, 2006
Berkat dalam usia...

Assalamualaikum wbt...

Segala puji bagi diriNya yang masih menggolongkan kita sebagai hambaNya yang Muslim dan Mukmin insyaAllah...

Baru kembali daripada perjalanan selama lebih kurang 2 jam setengah Mansurah-Kaherah. Perjalanan yang jugak merupakan siri jaulah/lawatan ajk-ajk PERUBATAN bertemu dengan ahli-ahli diperingkat Chapter atau muhafazah. suatu lawatan yang cukup best bagi ana. JZKK di atas layanan, sambutan dan ukhwah yang ditunjukkan oleh masyarakat PERUBATAN dan sahabat-sahabat dari kuliah agama di Mansurah. Moga ikatan tersebut akan terus dipererat, dijaga sampai bila-bila. 

Seronok bila dapat jumpe adik-adik baru ni. actually nak kenal dengan lebih ramai lagi namun masa dan ruang yang ada tidak mengizinkan dan sekadar dpat mengingat beberapa nama sahaja, rashid, anfal, khairil, alif, muaz dan kebanyakan ni pelajar-pelajar yayasan terengganu dan kelantan la. apepun adik2 yang lain insyaAllah akan kita berkenalan di lain2 masa yer.nanti datang kaherah boleh taaruf lagi.

Sebenarnya majlis yang dibuat bukan sekadar majlis lawatan ajk tapi jugak merupakan majlis sambutan raya peringkat CHAPTER   MANSURAH. so macam-macam la acara yang diatur dan yang mungkin dapat perhatian sikit maybe persembahan nasyid la oleh pasukan nasyid mansurah (cam pasukan bola je) hihi tak sangka lak aizuddin pun boleh bernasyid. mabruk-mabruk... apapun secara kasarnya Alhamdulillah majlis yang berjalan dapat berjalan dengan sebaiknya walaupun ada beberapa agenda yang sepatutnya diadakan terpaksa dibatalkan.

Cuma sedikit nasihat untuk adik-adikku di Mansurah, yang senior ataupun junior tetapkanlah niat di hati dalam menempuh liku2 kehidupan di Mesir ni. tumpukan perhatian kepada tanggungjawab sebagai pelajar perubatan dan dalam masa yang sama kutiplah sebanyak mana pengalaman dan pengajaran yang dapat diperoleh sepanjang kita di sini.Jaga hubungan dan kesatuan kita sesama pelajar perubatan dan dalam masa yang sama ingat dan sedar tentang keberadaan pelajar-pelajar lain daripada kuliah yang lain jugak dengan masyarakat arab di sekeliling kita. pentingnya kita menjaga hubungan dengan semua pihak dan manafaatkan hubungan yang ada tu dengan sebaiknya, berkawanlah dengan sahabat-sahabat daripada kuliah agama ni untuk kita memantapkan ilmu agama kita, memandu pemikiran dan pandangan kita terhadap sesuatu perkara terutama yang berkaitan hukum hakam dalam agama dan lain-lain lagi... sekadar ingatan bersama yer... apepun bnyak-banyak la berdoa agar diri kita dipandu dalam melakukan ape-ape je perkara sehari-hari. Berusaha mendekatkan diri kepadaNya insyaAllah.

Dalam duduk-duduk tu, datanglah aizuddin bertanya " Abang kadir nak pergi UK?" hihi awat tanya dik oiii " Tak kot, tengoklah dua tahun lagi ke. kenape nak pergi ke?" "a ah kalau kak wani tak balik soifi ni boleh la nak pergi kot" emm pergi la Din selagi ada peluang dan kemampuan ni, pergilah berjalan tgk dunia luar dan banyak-banyak belajar darinya. tapi kalau pergi umrah or haji lebih dulu best jugak Big Smile  emm soifi.... menarik jugak kalau boleh plan lawat ke mana-mana. tapi ke uk tu nanti dulu la yer,insyaAllah ada rezeki sampai jugak ke sana. tadi ada sembang-sembang dengan shuib jugak ttg plan dia nak ke istanbul utk summer camp FIMA, ke syria then balik Malaysia thru Saudi (buat umrah). emm menarik gak tu. takpe nanti fikir betul2.

Emm key la,stakat ni je la dulu juz nak kepilkan kat sini artikel The Zikr minggu ni,moga sama-sama kita beringat..... key jazakumullah khairan kathira...Wink

 
Berkat dalam Usia

Apa khabar hari ni sahabat-sahabat sekalian. Apa khabar iman di hati? Moga senantiasa di bawah panduan dan petunjuk Allah SWT. Segala puji bagiNya yang masih menghidupkan kita sebagai seorang Muslim, memberikan nikmat untuk kita bernafas, menghirup oksigen tanpa bayaran satu sen pun, melakukan aktiviti-aktiviti harian tanpa sebarang masalah dan melalui hari-hari yang ada dengan rahmat dan kasih sayangnya. Segala puji bagi diriNya, Tuhan semesta alam.

 

Justeru atas segala nikmat yang diberikan itu, marilah kita muhasabah diri kembali,.menghisab amal sehari-hari, apakah kita telah melakukan kewajipan kita di muka bumi ini sebagai hamba dan khalifahNya dengan sebaik-baiknya ataupun sebaliknya. Cuba perhatikan, bagaimana kita berpagi-pagi. Pukul berapa kita bangun? Pukul berapa kita bersolat subuh? Adakah dengan berjemaah atau lebih senang dengan berseorangan diri? Selepas solat apa yang dilakukan? Pergi awal kah ke kuliah? Apakah lagi amal soleh yang kita lakukan sepanjang hari? Masih lagikah kita merutinkan diri kita melakukan amal-amal rapu yang tidak membawa apa-apa faedah dan juga tidak langsung mendekatkan diri kepadaNya. Soallah diri kita. Hisablah sebaik-baiknya. Sejujur-jujurnya. Kerana kitalah yang lebih mengetahui apa yang kita lakukan sehari-hari. Apakah membawa kepada ketaatan, ubudiyyah kepadaNya ataupun mampu untuk mengundang murka Allah SWT. Sama-sama kita mohon perlindungan dari perkara tersebut. Sabda Baginda Rasulullah SAW wajar menjadi panduan kepada kita:

Sahabat-sahabat yang dikasihi,

Suka saya memetik kata-kata yang pernah diungkapkan oleh Hujjatul Islam, Al Imam Al Ghazali apabila beliau membicarakan tentang usia manusia. Katanya usia yang telah ditetapkan oleh Allah bagi setiap manusia adalah merupakan modal untuk dirinya beramal. Maka terpulanglah kepada diri seseorang itu menggunakannya. Jika digunakan sebaiknya maka beruntunglah dirinya di akhirat kelak sementara jika tidak maka rugilah dirinya di akhirat kelak. Kalam ini seharusnya menyedarkan kita dan memberikan kita semangat untuk kembali mengoreksi amalan kita sehari-hari agar tidak lari dari matlamat hidup mencari redha Allah SWT. Kerana kita sendiri tidak tahu sekadar mana modal yang diberikan oleh Allah untuk kita lalui sepanjang kehidupan ini. Ada yang diberikan Allah sekadar 20-30 tahun sahaja. Ada yang diperuntukkan lebih lama hingga 100 tahun lamanya. Sabda Nabi:

Umur ummatku adalah antara 60 ke 70

Justeru apa yang patut kita perhatikan bukannya selama mana kita hidup di dunia ini namun sebanyak mana amal yang dapat kita lakukan dalam kita melaluinya. Imam-imam dan tokoh-tokoh besar Islam suatu masa dulu seperti Imam Syafie, Imam Nawawi dan lain-lain kebanyakannya tidak dikurniakan Allah umur yang panjang namun sumbangan mereka terhadap Islam cukup besar dapat dilihat pada hari ini. Betapa berkatnya usia yang Allah kurniakan kepada mereka. Begitulah juga halnya dengan diri kita. Walaupun mungkin kita tidak mampu untuk menjadi seperti mereka. Menyumbang seperti mereka namun kita masih mampu dan berdaya untuk meneruskan hidup ini dengan panduan hidayah daripadaNya. Sama-samalah kita berdoa ke arah itu.

Sahabat—sahabat yang dikasihi,

Pernah suatu hari, Rasulullah menceritakan kepada para sahabat, perihal seorang hamba Allah dari golongan bani Israel yang telah beribadat kepada Allah beribu-ribu tahun lamanya. Allah telah meletakkan dirinya di sebuah pulau seorang diri, dan kemudian telah menumbuhkan sepohon buah yang mengeluarkan buah setiap hari untuk dia makan setiap hari selama dia beribadat hinggalah dia meninggal dunia. Akhirnya tibalah waktu untuk hisaban amal. Setelah ditimbang segala amalan lalu Allah berfirman “Masukkanlah hambaku ini kedalam syurga dengan rahmatKu” namun segera di pintas oleh si hamba Allah tadi “bahkan dengan amalku (amalan dia beribadat selama hidupnya)” Lalu Allah memperkenankannya lalu amalnya kembali ditimbang dan akhirnya melayakkannya untuk masuk ke neraka. Lalu segera si hamba Allah ini memohon keampunan agar dia kembali dimasukkan kedalam syurga Allah dengan rahmat Allah SWT.

Begitulah sahabat-sahabat sekalian, walau sebanyak mana pun amal yang kita lakukan, kita tetap mengharapkan rahmat dan kasih sayang Allah dalam menentukan apakah nasib kita di akhirat kelak. Apatah lagi, kita sendiri tidak tahu bilakah lagi kita akan dijemput oleh Allah mengadapNya di akhirat kelak.

Jauhkan diri daripada melakukan maksiat kepadaNya dalam kita menuntut ilmu kerana Ilmu itu tidak akan pergi kepada mereka yang melakukan maksiat kepada Allah. Hiasilah kediaman kita dengan amal-amal soleh, membaca Al Quran, berzikir dan sebagainya supaya kita sentiasa dikelilingi oleh rahmat Allah dalam perjalanan kita menuntut ilmu di ard kinanah ini. Sama-samalah kita berusaha mendapatkan keberkatan dalam usia yang kita lalui. InsyaAllah...


Posted at 06:59 pm by Dr_Kadir
Comments (4)  




Tuesday, November 14, 2006
sekian lama menghilang...

Assalamualaikum wbt..

Menemui sahabat-sahabatku di ruang maya ni. Apa khabar semua? Sihat-sihat je la yer. Cukup lama diri ini menghilang kan? Dan mungkin jugak ramai antaranya cam dah tertanya-tanya dah. Jadi untuk itu ampun dan maaf dipinta kerana selalu takder kat teratak ini time antum semua bertandang ke sini. Banyak faktor-faktor yang membawa kepada ketidak 'update'(boleh ke guna istilah tu) blog ini. Cuma rasa tak perlu kot untuk diceritakan kat sini.

Baiklah actually banyak perkara nak share dengan sahabat-sahabat sejak ana mula tak 'balik rumah' ni bermula awal Ramadhan lepas (sekarang dah nak habis syawal dah) dengan cerita suasana indah Ramadhan kat sini (still terkenang dan terbayang) kehadiran adik2 baru yang bak tsunami (hampir 500 orang and still tak dapat jumlah yang tepat) sambutan raya tanpa kehadiran dua orang ahli bait tersayang.... Israq dan Syazwan (suka-suka je balik raya kat Malaysia yer) tapi still best jugak sebab mak ayah iqbal datang sini untuk sama-sama beraya (dapat makan nasi bukhari di pagi rayaBig Smile ) Kelahiran anak-anak buah PERUBATAN keseronokan clinical year yang still tak start2 xm lagi, ketidak layakan untuk menerajui biro pembangunan insan PERUBATAN yang baru dibentuk dan macam-macam lagi namun rasa tak mampu plak untuk diceritakan satu persatu.

So insyaAllah lain kali la untuk ana ceritakan semuanya as internet kat rumah pun still tak pasang lagi. Ada masalah sikit dengan syarikat internet sini, duit elaun pun tak masuk-masuk lagi. Dan selama ni pun juz guna internet di CC dan baru-baru ni rumah Iqbal baru pasang internet. So boleh la mengupdate blog ni insyaAllah.

So takder ape lagi nak diceritakan untuk kali ni. Cukuplah sekadar menyatakan bahawa diri ini masih wujud di dunia yang fana ni. Melalui kehidupan sebagai hamba Allah yang seringkali lalai dengan tuntutan dan tanggungjawab yang diberikan. Mintak sahabat-sahabat pun selalu doakan agar ana terus dikuatkan iman, thabit dalam perjuangan membentuk diri menjadi insan muslim, mukmin yang sebaiknya dan membantu sahabat-sahabat yang lain ke arah itu.

Cuma last untuk adik-adik yang baru datang. Rupa-rupanya ramai jugak yang kenal diri ni melalui blog ni. So baru-baru datang ni cubalah jaga sebaik mungkin semangat yang ada untuk terus berjuang dan berjuang mencari apa yang patut dan perlu dicari sepanjang keberadaan kita di sini. Segala mehnah dan kesusahan jadikanlah sebagai cabaran untuk terus mematangkan diri, meng'islah' dan membentuk diri sebagai doktor muslim yang berbakti kepada Agama, nusa, bangsa dan negara InsyaAllah... jangan nano2 ya.

Bergambar bersama anakanda (anak buah) tersayang... Big Smile wajah Iqbal yang cukup keibuan... hihi Big Smile (jangan marah ya)


Key sampai sini dulu, oh yer, sempat lagi kan? Ucapan selamat hari Raya Aidilfitri buat semua yang pernah sedang dan akan mengenali diri ini dengan permintaan ampun dan maaf dari segala kesilapan dan dosa yang dilakukan. Moga Allah akan sentiasa merahmati diri kita dalam kita meneruskan kehidupan kita ini. Dan buat siapa-siapa yang masih tak cukup puasa 6 tu insyaAllah teruskan usaha untuk penuhkan juga. Kalau sebulan kita boleh puasa takkan 6 hari pun kita tak mampu kan? Moga kita sama-sama dapat mengambil fadhilat berpuasa sepanjang tahun seperti yang dijanjikan insyaAllah. Key. Ilalliqa'

Jazakumullah Khairan Kathira,,,





Posted at 07:26 am by Dr_Kadir
Comments (2)  




Thursday, November 02, 2006
Bersandarlah padaNya...


Posted at 04:05 am by Dr_Kadir
Make a comment  




Thursday, September 21, 2006
Tentang Puasa...

Assalamualaikum wbt....

Menemui sahabat-sahabat seperjuangan fillah yang sentiasa diingati dan selalu kubayangkan tikamana membaca Doa Rabitah mpengikat hati-hati dan jiwa kita pada JalanNya. Moga kita terus thabat pada jalan ini.

Sebelum ni ana ada nyatakan bahawa perlunya untuk kita menyediakan diri dengan sebaiknya sebelum menghadapi bulan Ramadhan yang mulia ni kan? So antara perkara yang boleh dilakukan adalah dengan check balik tentang hukum hakam yang berkaitan dengan puasa Ramadhan. Jadi takderlah kita nantinya puasa sesaje jer selain boleh tahu samada puasa kita ni sah ke tak dan jugak boleh berikan perhatian kepada amalan-amalan sunat sepanjang puasa tu supaya ganjaran yang diperoleh berlipat-lipat kali ganda lagi...yeah.

Okey, jom check pengertian puasa;

Dari segi bahasa : Menahan diri daripada makan dan minum
Dari segi istilah : Menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit matahari hingga terbenamnya matahari.

Orang-orang yang Wajib puasa;

1)   Orang Islam, -  so orang bukan islam tak yah la puasa yer. Kalau puasa pun mmg tak dapat ape-ape jugak.
2)   Baligh, yang belum baligh digalakkan berpuasa untuk latih diri supaya biasa dengan puasa. So besar nanti takder la culas nak puasa
3)   Berakal, gila atau nyanyuk tak wajib untuk puasa.
4)   Sihat dan berkemampuan. Kat sinilah dibolehkan bagi mereka yang tua, uzur atau sakit untuk tidak berpuasa dan hanya membayar fidyah menggantikannya.

Perkara-perkara yang membatalkan puasa;

1)   Makan dan minum. Dah nama pun puasa yang pi makan dan minum dengan sengaja lak tu mmg la batal puasanya :D
2)   Memasukkan sesuatu kedalam rongga seperti telinga, mulut, hidung atau kemaluan.Bukan tak boleh masukkan atau korek langsung cuma adalah batas-batasannya yang diceritakan dalam kitab feqah, tu kene rujuk baliklah seperti telinga tu kalau juz kat bahagian luar tu takpe lagi asalkan tak sampai kat gegendang tu atau cukup sekadar memasukkan jaring kelingking. So camtu still tak batal. Tapi dah tau camtu janganlah masing-masing lepas ni pi korek telinga tu sesuka hati, jaga-jaga la jugak:p. Then kalau hidung tu as kalau tak sampai kat bahagian bone tu (nasal or maxillary) takpe lagi.
3)   Tidur atau pengsan sepanjang hari
4)   Muntah dengan sengaja
5)   Inzal (keluar mani) dengan sengaja
6)   Keluar Haidh dah Nifas
7)   Berniat untuk berbuka puasa.
8)   Bersetubuh di siang hari samada persetubuhan yang halal, suami isteri atau yang haram ya¡¯ni pengzinaan yang ni kene hukum kafarah plak kalau buat.

Selain tu, kalau bagi yang sakit yang memerlukan suntikan as diabetic patient yang perlukan insulin injection, tak batal puasa dia sebab yang dimasukkan terus ke salur darah dan bukannya ke dalam ruang berongga. Camtu jugak dengan water drip etc. Cerita tentang ini, teringat ceramah ustaz azhar semalam, katanya, budak-budak cocok hisap dadah tu, tak batal puasa dia sebab dia masukkan dadah terus ke salur darah. Tak batal puasa dia. Ape lagi bila dia tak puasa. Mmg tak batal la puasa dia.hihi.

Okey. Then kita tengok plak ape die perkara-perkara sunat untuk kita lakukan sepanjang kita mengerjakan ibadah puasa ni. Emm....

1)   Bersahur... berdasarkan satu hadith yang berbunyi,

Dari Anas r.a katanya,berkata Rasulullah saw
: bersahurlah kamu dan sesungguhnya sahur itu berkat
(riwayat Muslim)

2)   Melambatkan bersahur dan menyegerakan berbuka.
3)   Berbuka dengan buah kurma atau air yang manis.
4)   Memperbanyakkan membaca Al Quran as Bulan Ramadhan mmg bulan Al Quran sebab AlQuran mmg diturunkan pada bulan ni

Bulan Ramadhan yang mana diturunkan padanya Al Quran sebagai petunjuk kepada Manusia... (Surah Al Baqarah : 185)

5)   banyakkan berzikir
6)   Menjaga anggota badan dari melakukan maksiat dan dosa
7)   Berqiammullail terutama di 10 malam terakhir bulan Ramadhan untuk mencari Lailatul Qadr
8)   Beriktikaf di dalam masjid
9)   Berbuka secara berjamaah

Dan macam-macam lagi la perkara-perkara yang baik untuk memuliakan bulan yang berkat ni. So marilah sama-sama kita hayati dan penuhi bulan Ramadhan ni dengan sebaiknya yer. Ok  sampai sini dulu.insyaAllah hingga entry akan datang.

Sekadar ingatan, dalam membuat sesuatu pekerjaan niatkanlah semata-mata kerana Allah kerana di situ pasti kita tidak pernah merasa kesal. Jika kita ingin berubah kepada yang lebih baik pastikan ia kerana Allah dan bukan kerana selainNya. Kerana jika kita melakukan sesuatu kerana seseorang maka ia tidak akan kekal dan kadang-kadang mereka tidak pandai menilai sedangkan jika kita melakukan sesuatu kerana diriNya maka Dia kekal selamanya dan Dialah yang mengetahui apa yang tersembunyi dan apa yang tersirat dan Dialah sebaik-baik penilai. Renungkan ya...

¡°Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku untuk Allah, Tuhan semesta alam¡±


Jazakumullah Khairan Kathira...

 


Posted at 11:13 am by Dr_Kadir
Make a comment  




Monday, September 18, 2006
Puasa Syaaban?

¡°Assalamualaikum akhi,anta pernah dengar tak selepas 15 syaaban kita tidak dibenarkan atau digalakkan untuk berpuasa.ada orang tanya ana¡­¡±

Begitulah lebih kurang bunyinya sms yang diterima dari seorang sahabat pada suatu malam. Ketika itu ana masih lagi duduk2 kat surau ikhwan sedang bersama-sama jemaah ahli qaryah yang lain sedang mendengar ceramah dari abg Mat tentang isu Lubnan menerusi talian internet kat surau tu. Emmm dalam hati ¡°ramai jugak yang risau dan nak tau ttg perkara ni yer, padahal apa masalah bila orang dah larang puasa sunat?janganlah puasa.puasa je hari lain kecuali kalau mmg kita nak puasa wajib (qada puasa atau puasa nazar)¡± hihi gitulah antara lintasan hati time tu. Sebelum ni perkara yang sama pernah ditanya jugak oleh Ayah Wan yang terus telefon dari Kemaman bertanyakan perkara ni. Katanya kawan dia jugak yang tanya selepas baca tentang tu kat surat khabar.

Emm justeru time tu ana terus sms Ustaz Fauwaz yang jauh ada kat Mesir nuh bertanyakan tentang perkara tu.(bukan takder ustaz kat Malaysia cuma rasa senang juz sms je) jawapan ringkas dari ustaz ¡°ada khilaf, boleh puasa¡± hihi Big Smile mudah je ustaz.

So tu la yang ana jawab untuk sahabat tu. Tapi dalam masa yang sama still tak puas sebenarnya, justeru ana pun buatlah survey sikit selain mendapatkan maklumat dari ustaz-ustaz lain. So apa yang boleh disimpulkan berkenaan puasa selepas nisfu syaaban ni,

Larangan berpuasa selepas daripada 15 syaaban bertitik tolak daripada larangan Rasulullah untuk tidak menyongsong atau berpuasa terlebih dahulu sehari atau dua hari sebelum masuknya bulan Ramadhan sepertimana sabda baginda,

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah saw berkata; janganlah kamu sengaja menyongsong bulan Ramadhan itu dengan berpuasa sehari dua lebih dahulu kecuali bagi orang yang meneruskan puasanya yang tertentu. (Riwayat Muslim)

Jadi berdasarkan ini mereka yang bermazhab syafie mempunyai dua pandangan.

Pandangan Pertama: Haram berpuasa bagi mereka yang sebelum 15 syaaban itu adalah mereka yang sememangnya tidak pernah melazimi dengan berpuasa (maknanya lepas 15 baru je rasa nak puasa padahal sebelum ni taknak puasa pun)

Pandangan kedua : Harus puasa bagi mereka yang selalu berpuasa sebelumnya seperti puasa sunat isnin khamis dan sebagainya.

Pandangan-pandangan ini hanyalah bagi mereka yang nak berpuasa sunat,sedangkan bagi mereka yang nak qada puasa atau berpuasa nazar maka dibolehkan. Ana tak cuba plak cari berdasarkan mazhab lain dan mungkin kalau cari mazhab Maliki, Hanafi atau Hambali ada yang mengharuskan jugak kot. As ustaz Fauwaz pun cakap cam tu kan? Nantilah ditanyakan balik kepada Ustaz Fauwaz. Yang setakat ni tu je la Wallahua¡¯lam.

So sebaiknya kita keluar dari khilaf, takyah la puasa (lagi ok kan) tapi bagi yang nakkk sangat puasa tu boleh je nak puasa as ada pendapat dari mazhab lain yang membolehkannya. Apapun buatlah sesuatu amalan itu dengan seikhlasnya ya J

Baiklah hari ni pun dah masuk 25 Syaaban, bermakna lebih kurang 5 hari lagi kita akan sama-sama menyambut bulan Ramadhan yang penuh berkat dan rahmat tu. Juzteru seruan buat diri dan sahabat-sahabat isilah bulan Ramadhan ini dengan sebaiknya. Jangan lepaskan dan biarkan ia berlalu begitu sahaja memandangkan Ramadhan ini ibaratkan hadiah dari Allah untuk kita kan? So takkan kita ni sombong sangat taknak terima hadiah tu dan buat dekkk je? So terimalah ia dengan sebaiknya. Sama-sama persiapkan diri as orang pernah cakap jugak yang Ramadhan ni ibaratkan madrasah bagi kita ¡®madrasah Ramadhan¡¯ kerana time ni lah kita akan banyak belajar dan belajar untuk jadi insan yang terbaik, berdisiplin dan mengamalkan suruhan Allah dengan sebaiknya. Kalau ikut Ustazah Siti Norbahyah plak, ¡®akademi Ramadhan¡¯ katanya. So as mereka yang baru nak masuk madrasah, baru nak masuk kelas ni, kenelah bersedia dulukan? Baju sekolah kene beli, alat-alat tulis semua, buku-buku nak belajar dan sebagainya. So nak ke ¡®Madrasah Ramadhan¡¯ pun ada persediaan yang tersendiri, kene bersihkan hati, niat betul-betul untuk buat yang terbaik pada Ramadhan kali ni dengar ceramah-ceramah tentang puasa dan ramadhan, tgk balik hukum hakamnya dan sebagainya.okey?

Keylah sampai sini sajalah dulu buat kali ni. Hingga entry yang akan datang yang insyaAllah akan bicara banyak lagi tentang Ramadhan. Moga semua dalam rahmat dan redha Allah selalu.

Jazakumullah Khairan Kathira...


Posted at 06:01 am by Dr_Kadir
Comment (1)  




Sunday, September 17, 2006
Ahlan Ya Ramadhan...

Assalamualaikum wbt...

Sedikit bingkisan sempena kehadiran Ramadhan yang ditunggu-tunggu nie setelah lama menyepi. Seronok sangat bercuti kan.hihi Big Smile

Ahlan Ya Ramadhan...

¡°Hai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa¡±
Al ¨CBaqarah : 183

¡°Apabila tiba bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu¡±
Hadith riwayat Bukhari dan Muslim

 

 Ramadhan kini tiba lagi. Setelah sebelas bulan menunggu dan menunggu maka untuk kesekian kalinya kita akan kembali menikmati keindahan beribadat dan melakukan ketaatan di bulan Mulia yang penuh rahmah, berkat dan keredhaan oleh Allah SWT ini. Sebagaimana hadith Rasulullah yang mengatakan bahawa Ramadhan itu, pada permulaannya Rahmah, pertengahannya Maghfirah dan pengakhirannya Kelepasan daripada Api Neraka.


 Melihat kepada peri pentingnya dan janji-janji berupa ganjaran yang telah dinyatakan oleh Allah di dalam AlQuran dan melalui hadith-hadith baginda Rasul SAW maka tidak sepatutnya kita melepaskan peluang untuk meningkatkan amal ibadat kita semata-mata untuk mendapat keredhaan dariNya. Selain memikirkan hikmah-hikmah di sebalik kewajipan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini.

 Moga tujuan kita diwajibkan oleh Allah untuk menjadi hamba-hambanya yang bertakwa (Al Baqarah : 183), bersyukur (Al Baqarah : 185) , diberi petunjuk (Al Baqarah 186) dan diberikan kejayaan (Al Baqarah 189) akan dapat sama-sama kita capai sepanjang menjalani kewajipan selama sebulan Ramadhan ini insyaAllah.

 Buat sahabat-sahabat yang dikasihi teruskanlah berusaha untuk mencapai keredhaanNya dan marilah kita sama-sama menjadikan Ramadhan ini sebagai Ramadhan yang terbaik pernah kita lalui kerana kita tidak tahu samada kita akan sempat untuk menemuinya pada tahun hadapan. Selamat beramal dan Ahlan Wasahlan ya Ramadhan¡­

ps: Emm sekadar memberitahu, insyaAllah diri ni akan kembali ke Mesir meneruskan kesinambungan separuh lagi perjalanan di sana pada 27sept ini dengan penerbangan MAS jam 19:35 insyaAllah.. doakan semuanya kheir ya


Posted at 05:42 am by Dr_Kadir
Make a comment  




Friday, July 21, 2006
Budak-budak...

Bertandanglah seorang sepupuku, Fahim ke rumah awal-awal pagi lagi. ntah ape projeknyer hari ni tak dapat dipastikan. Lalu ditanya " Wah Fahim, awalnya datang. Fahim sembahyang tak lagi ni.."

Dijawabnya "Dok,dok dang tadi, (tak solat, tak sempat tadi)"

Kubalas " laa dok dang pun kene smayang gok. kene qodo' la (laa tak sempat pun, kenela solat jugak, kenela qada)"

Yang lucunya bila Iwan yang baru berumur 4 tahun tu berkata " Dok mayang, nok jadi kambing ke dok mayang" ketawalah mak kat dapur dengar komen iwan tu, mmg la menjawab no satu, berceloteh mengalahkan orang tua sedangkan dia sendiri pun tak solat jugak...

iwan iwan...Big Smile


Posted at 02:36 am by Dr_Kadir
Comments (6)  




Next Page
 


Ikhwah yang online sekarang
Dr Kadir




Tengku Abdul Kadir Bin Tengku Zainal Abidin

6 February 1985

YM:hizbullah5315

Pendidikan

1991
Tabika Kemas Kampung Tanjung Paya

1992 - 1997
SK Ladang

1998 - 2002
SMKA Sheikh Abdul Malek

2003
Negeri SembilanMatriculation College (KMNS)

2003
International Education Centre (INTEC)

2003 - 2009
Kuliah Perubatan, Ain Shams U,Cairo InsyaAllah










 
<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

Bicara Sesama Kita
"Maka akan diuji akan dirimu daripada perasaan takut,kelaparan dan kehilangan dari harta,diri dan buah2an.dan berita gembira bagi mereka yang sabar. " (AlQuran)



Sahabat-Sahabat

">
Kak Syaheerah

Mujahid

Kak Chetie

Ulfah (Izzah

Fadhli

HayyIe

Nurul Ain

Sokai

Mai
Camana Cuaca Hari ni ek??

The WeatherPixie

Ikhwah adalah pengunjung yang ke:

Hits Since November 28, 2004!

Free Counter by Pliner.Net
dating, lasik, search, shopping

"Sesungguhnya solat itu, akan menghindarkan diri dari sifat keji dan mungkar"






 
Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed






Dr Kadir