Assalamualaikum wbt....
Menemui sahabat-sahabat seperjuangan fillah yang sentiasa diingati dan selalu kubayangkan tikamana membaca Doa Rabitah mpengikat hati-hati dan jiwa kita pada JalanNya. Moga kita terus thabat pada jalan ini.
Sebelum ni ana ada nyatakan bahawa perlunya untuk kita menyediakan diri dengan sebaiknya sebelum menghadapi bulan Ramadhan yang mulia ni kan? So antara perkara yang boleh dilakukan adalah dengan check balik tentang hukum hakam yang berkaitan dengan puasa Ramadhan. Jadi takderlah kita nantinya puasa sesaje jer selain boleh tahu samada puasa kita ni sah ke tak dan jugak boleh berikan perhatian kepada amalan-amalan sunat sepanjang puasa tu supaya ganjaran yang diperoleh berlipat-lipat kali ganda lagi...yeah.
Okey, jom check pengertian puasa;
Dari segi bahasa : Menahan diri daripada makan dan minum
Dari segi istilah : Menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit matahari hingga terbenamnya matahari.
Orang-orang yang Wajib puasa;
1) Orang Islam, - so orang bukan islam tak yah la puasa yer. Kalau puasa pun mmg tak dapat ape-ape jugak.
2) Baligh, yang belum baligh digalakkan berpuasa untuk latih diri supaya biasa dengan puasa. So besar nanti takder la culas nak puasa
3) Berakal, gila atau nyanyuk tak wajib untuk puasa.
4) Sihat dan berkemampuan. Kat sinilah dibolehkan bagi mereka yang tua, uzur atau sakit untuk tidak berpuasa dan hanya membayar fidyah menggantikannya.
Perkara-perkara yang membatalkan puasa;
1) Makan dan minum. Dah nama pun puasa yang pi makan dan minum dengan sengaja lak tu mmg la batal puasanya :D
2) Memasukkan sesuatu kedalam rongga seperti telinga, mulut, hidung atau kemaluan.Bukan tak boleh masukkan atau korek langsung cuma adalah batas-batasannya yang diceritakan dalam kitab feqah, tu kene rujuk baliklah seperti telinga tu kalau juz kat bahagian luar tu takpe lagi asalkan tak sampai kat gegendang tu atau cukup sekadar memasukkan jaring kelingking. So camtu still tak batal. Tapi dah tau camtu janganlah masing-masing lepas ni pi korek telinga tu sesuka hati, jaga-jaga la jugak:p. Then kalau hidung tu as kalau tak sampai kat bahagian bone tu (nasal or maxillary) takpe lagi.
3) Tidur atau pengsan sepanjang hari
4) Muntah dengan sengaja
5) Inzal (keluar mani) dengan sengaja
6) Keluar Haidh dah Nifas
7) Berniat untuk berbuka puasa.
8) Bersetubuh di siang hari samada persetubuhan yang halal, suami isteri atau yang haram ya¡¯ni pengzinaan yang ni kene hukum kafarah plak kalau buat.
Selain tu, kalau bagi yang sakit yang memerlukan suntikan as diabetic patient yang perlukan insulin injection, tak batal puasa dia sebab yang dimasukkan terus ke salur darah dan bukannya ke dalam ruang berongga. Camtu jugak dengan water drip etc. Cerita tentang ini, teringat ceramah ustaz azhar semalam, katanya, budak-budak cocok hisap dadah tu, tak batal puasa dia sebab dia masukkan dadah terus ke salur darah. Tak batal puasa dia. Ape lagi bila dia tak puasa. Mmg tak batal la puasa dia.hihi.
Okey. Then kita tengok plak ape die perkara-perkara sunat untuk kita lakukan sepanjang kita mengerjakan ibadah puasa ni. Emm....
1) Bersahur... berdasarkan satu hadith yang berbunyi,
Dari Anas r.a katanya,berkata Rasulullah saw
: bersahurlah kamu dan sesungguhnya sahur itu berkat
(riwayat Muslim)
2) Melambatkan bersahur dan menyegerakan berbuka.
3) Berbuka dengan buah kurma atau air yang manis.
4) Memperbanyakkan membaca Al Quran as Bulan Ramadhan mmg bulan Al Quran sebab AlQuran mmg diturunkan pada bulan ni
Bulan Ramadhan yang mana diturunkan padanya Al Quran sebagai petunjuk kepada Manusia... (Surah Al Baqarah : 185)
5) banyakkan berzikir
6) Menjaga anggota badan dari melakukan maksiat dan dosa
7) Berqiammullail terutama di 10 malam terakhir bulan Ramadhan untuk mencari Lailatul Qadr
8) Beriktikaf di dalam masjid
9) Berbuka secara berjamaah
Dan macam-macam lagi la perkara-perkara yang baik untuk memuliakan bulan yang berkat ni. So marilah sama-sama kita hayati dan penuhi bulan Ramadhan ni dengan sebaiknya yer. Ok sampai sini dulu.insyaAllah hingga entry akan datang.
Sekadar ingatan, dalam membuat sesuatu pekerjaan niatkanlah semata-mata kerana Allah kerana di situ pasti kita tidak pernah merasa kesal. Jika kita ingin berubah kepada yang lebih baik pastikan ia kerana Allah dan bukan kerana selainNya. Kerana jika kita melakukan sesuatu kerana seseorang maka ia tidak akan kekal dan kadang-kadang mereka tidak pandai menilai sedangkan jika kita melakukan sesuatu kerana diriNya maka Dia kekal selamanya dan Dialah yang mengetahui apa yang tersembunyi dan apa yang tersirat dan Dialah sebaik-baik penilai. Renungkan ya...
¡°Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku untuk Allah, Tuhan semesta alam¡±
Jazakumullah Khairan Kathira...
Posted at 11:13 am by Dr_Kadir