Apabila seseorang itu mengatakan yang dirinya ALIM maka akan bermulalah keJAHILannya.Belajar!!Belajar!! dan Belajarlah...


Friday, July 21, 2006
Isu itu dan ini...

Assalamualaikum wbt...

ALHAMDULILLAHI RABBIL ALAMIN... Segala puji dan syukur kehadrat Allah yang masih memberikan kesihatan dan kekuatan yang baik kepada hambaNya ini utk meneruskan liku-liku dan ujian dalam kehidupan yang fana ini. Gugusan ucapan Puji dan Selawat ke atas kekasih rabbul Izzati pembawa rahmat keseluruh alam dan pemberi syafaat di hari pembalasan.Ahli keluarga baginda sahabat-sahabat yang bersama sama dalam perjuangan baginda para tabi'e dan tabi'e tabie'n penerus sunnah dan ajaran Islam syuhada' Islam yang gugur dalam perjuangan untuk menegakkan kalimah Islam yang tercinta seterusnya sahabat sahabat ana muslimin muslimat yang ana cukup kasihi semuanya.Moga dalam Rahmat dan Kasih Sayang Allah jua

Menemui sahabat-sahabat yang dikasihi selalu (bermaksud 'sentiasa' bukannyer loghat terengganu yang bermaksud 'sekarang juga' Big Smile ) Emm hari ni  hari Jumaat kan? Penghulu segala hari dalam seminggu. Hari Raya bagi semua umat Islam, hari berehat dan hari beramal setelah seminggu sibuk melakukan apa-apa pekerjaan yang lain untuk maslahat kita dunia dan akhirat. So jom semak checklist utk hari ni.

1- Mandi sunat hari jumaat.
2- Solat subuh berjamaah
3- Dengar Kuliah Subuh
4- Mengaji
5- Bersiap untuk solat Jumaat
6- Pakai pakaian baru dan bersih kalau boleh putih!
7- Pakai wangian minyak atar
8- Pergi awal ke Masjid untuk beri'tikaf dan buat amalan lain.
9- Potong kuku, (takder nas potong kuku hari jumaat tapi untuk jaga kebersihan)

Emmm sekadar beberapa perkara yang mungkin boleh diambil perhatian untuk kita amalkan sepanjang hari ni. Mudah-mudahan diterima Allah sebagai amal soleh untuk bekalan kita di sana....(ingat perjalanan kita di akhirat cuuuukuuup panjang. beribu-ribu tahun perjalanan lamanya) pepun yang penting ikhlaskan niat yer.

Amalan yang susah amalan yang senang...

Ha semalam menghadiri kuliah maghrib Ustaz Mat Awang. ada satu soalan yang ditanyakan ustaz kepada hadhirin. soalannya.. jeng jeng jeng...

Apakah amalan yang paling susah untuk dilakukan
dan amalan yang paling senang untuk dilakukan?Big Smile

Hihi soalan ditujukan kepada seorang jemaah dalam majlis tu, Cikgu Alias kot, tak berjawab. akhirnya Ustaz Mat Awang sendiri menjawab;

Amalan yang paling senang adalah - buat jahat dan,
Amalan yang paling susah dilakukan - buat baik dan amal kebajikan

Dan tambah Ustaz Mat Awang lagi, amalan baik ni kalau nak buat jugak ada syarat-syarat yang perlu dipatuhi, kalau tak amalan tu akan sia-sia dan tak diterima di sisi Allah SWT. iaitu ;-

1 - Amalan tu betul, ikut syariat
2 - Amalan tu dilakukan dengan ikhlas
3 - Yakin dalam melakukannya...

Shades juz sedikit ilmu untuk dikongsi bersama...moga ana manafaatnya kan?

Isu Murtad dan Palestin...

Tadi berkuliah subuh di Surau Kampung Gelung Bilal (dekat sangat surau ni ngan rumah makcik) alhamdulillah dapat ikutinya. Walau pada mulanya ingatkan ustaz tu akan bicara ttg kitab Apa ertinya Saya Menganut Islam karangan Fathi Yakan (sebab nampak dia pegang kitab tu dan jemaah lain bukak jugak) tapi sebab isu yang hangat tika ni adalah ttg isu murtad dan palesti maka ustaz tu lebih berminat untuk bercerita ttg itu.

Katanya semalam ada seorang wakil daripada kerajaan Hamas Palestin memberikan penerangan ttg apa yang sedang berlaku di Palestin dan tindakan tentera Israel yang makin rakus melancarkan serangan terhadap Lubnan. Keadaan yang cukup menyedihkan tika ini kerana Hamas di Palestin bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan serangan dari Israel namun terpaksa bergelut menentang Parti Fatah yang dipimpin oleh Presiden Mahmud Abbas yang sering kali melakukan onar dalam palestin. Kabinet2 yang dilantik kebanyakannya daripada parti Fatah dengan memegang portfolio2 yang penting sementara pemimpin-peminpin dari Hamas hanya diberikan portfolio yang kurang penting sedangkan pilihanraya yang berlaku menunjukkan Parti Hamas yang lebih mendominasi... Lagi sedih bila bantuan-bantuan yang dihulurkan kepada Palestin daripada kerajaan negara-negara Islam diserahkan kepada Mahmud Abbas dan digunakan sewenang-wenangnya tanpa mengira kepentingan rakyat. Yang dapat kepada Hamas hanyalah kutipan-kutipan derma yang dilakukan oleh NGO2 dan jemaah2 Islam. Pepun moga Allah terus menguatkan semangat sahabat2 kita ini untuk terus berjuang dan istiqamah dalam perjuangan ini.

Ada suatu kisah yang diceritakan oleh wakil Hamas tu,ttg suatu peristiwa di zaman pemenrintahan Khalifah Mu'tasim. bilamana ada seorang perempuan Islam yang terselak auratnya dan ternampak oleh pemuda-pemuda musyrik maka diusik dan dimain2kan perempuan tadi hingga perempuan tersebut menyebut "Ya Mu'tasim!" Maka diperhatikan peristiwa itu oleh seseorang dan didengari akan kata-kata perempuan itu maka orang itu terus berangkat menuju Istana khalifah yang perlu ditempuhi selama 2 bulan perjalanan (time tu takder internet lagi) semata-mata untuk menceritakan kepada Khalifah Mu'tasim ttg peristiwa tadi. Mendengar kisah itu maka Khalifah telah menghantar bala tenteranya untuk memerangi pemuda-pemuda musyrikin tadi.

Begitulah umat Islam tika itu, cukup sensitif dengan agama mereka, ape yang dapat kita lihat pada kita hari ni? Kita dapat lihat ape2 yang berlaku kat palestin dengan kepala kita sndiri, kadang-kadang siaran langsung kita dapat lihat. tapi ape respons kita. hingga untuk tak makan di KFC, Mc Donalds, atau starbucks pun kita tak mampu, untuk menderma secubit dari harta yang kita ada untuk perjuangan ini pun kita tak mampu apetah lagi untuk kita sama-sama turut ke Palestin berjihad membela nasib sahabat-sahabat kita di sana. Sama-sama lah kita berdoa untuk sahabat-sahabat kita tu yer insyaAllah.

Dan keduanya isu murtad yang berlaku. mmg isu ni still panas memandangkan kes Lina Joy masih lagi dibicarakan dan akan mendapat keputusannya 28July ni. Moga hakim2 yang bersidang akan memberikan keputusan yang setepatnya. Kalau tak maka makin rosaklah Aqidah umat Islam di Malaysia ini  dan makin goyahlah pertahanan kita dalam memperjuangkannya. Sama-sama doakan yer.

Keylah setakat tu dulu, cuma sedikit pesanan untuk sahabat-sahabat yang sedang bercuti atau tak bercuti, ada2 masa terluang dan kesempatan sama-sama la kita menambah ilmu kita dengan mengikuti kuliah-kuliah subuh atau maghrib kat surau2 berdekatan kita, as sepanjang hari kita sibuk dengan aktiviti harian kita luangkanlah sedikit masa untuk akhirat kita walau untuk antara maghrib dan isyak ni. InsyaAllah kita akan dapat manafaatnya. Ingatan buat diri sendiri jugak tuh.

Baik hingga entry akan datang.

Jazakumullah Khairan Kathira...

Ps: nak tau lagi ttg kes Lina Joy mungkin boleh pergi ke link ni http://khasree.blogspot.com/2006/07/ya-allahselamatkanlah-hamba-hamba-mu.html


Posted at 01:59 am by Dr_Kadir
Comment (1)  




Wednesday, July 19, 2006
Sakit dada lagi..?

Assalamualaikum wbt...

Emm mungkin sahabat-sahabat yang selalu mengikuti blog ni still ingat time imtihan aritu hamba Allah yang kerdil ni ada mengadu ttg chest pain n dyspnea? Sebenarnya sakit itu masih terasa di sepanjang fatrah xm yang dilalui. Cuma rasa malas nak pi check lagi time tu as aritu pun dia kasi antibiotic bukan main severe side effect yang terpaksa dihadapi. So simpan sampai balik ke Malaysia.

Dan bila dan menjejakkan kaki ke Malaysia ni selang 2 3 hari bertandanglah ke klinik kesihatan kuala terengganu untuk buat pemeriksaan. Namun pergi kali pertama dikesan dapat gastritis.lebih tepat oesophagitis. dapat ubat yang dikasi, Mg Tricilicate(ni proton pumb inhibitor), Hyosine butylbromide(antimuscurinic rasanya) and Diclofenac(sejenis NSAID).Tak baik jugak walaupun dah habis ubat ditelannya.Jadi siang tadi sekali lagi hamba Allah ni bertandang ke klinik yang sama. So...

Doktor : Emm yer, sakit ape dik (adik?Big Smile)

Me: Same complaint dengan yang lepas doktor, minggu lepas saya dah datang sebab chest pain dan kadang-kadang susah nak bernafas.

Doktor : Dah berapa lama tu.

Me : kalau nak ikutkan dah 2 bulan, time kat Mesir lagi, then balik check tulah dia kasi ubat2 tu diclofenac, hyoscine as dalam kad tu.

Doktor : (check pakai stetoscope) Bila biasa rasa sakit tu, kalau I tekan kat sini sakit ke?

Me : Biasanya lepas baring akan rasa sakit sangat. atas sikit sakit (sambing tunjuk tul2 kat atas sternum bahagian kepala dia tu. tak ingat dah nama dia aisey.. atas skit dari body of sternum)

Doktor : Ada rasa nak muntah ke loya ke?

Me : Takder

Doktor : Ada rasa kuat sendawa tak, selalu sendawa

Me : Emm tu yer...

Doktor : saya bagi ubat yang sama jugak cuma saya tambah ubat lain lagi yer.

Me : (Doktor ni taknak kasi tau kusakit ape ke) So diagnosenyer ape ye dr?

Doktor : Gastric!

Me : Oooh gastric pun boleh sampai atas ni yer dr? (eosophagitis ni..) Emm ok la doktor. Terima kasih banyak2 (bersalaman) Assalamualaikum.

So dipreskripsi dengan ubat-ubat seperti Mg Tricilicate lagi, cimetidine (ni H2 blockers) dan satu lagi tak ingat, tu katanya untuk kembung perut (kembung ke?Big Smile) So makan la ubat-ubat ni dulu. Moga akan disembuhkan Allah dan diberikan kemudahan untuk terus berbakti untuk deen ini...

Apapun mungkin nak disentuh di sini adalah, apa yang diperhatikan sepanjang dua kali berkunjung ke klinik kesihatan kerajaan ni. stuff di sini tak pernah ambik peluang untuk cuba mendekati pesakit dengan lebih bersifat kerohanian atau dari aspek dakwah la senang cerita. termasuklah doktor2 yang ditemui. takder la nak nasihat2 ke ape2 ke maksudnya. Amat rugi la kalau begini, sedangkan dari dulu lagi ana jelaskan betapa tugas sebagai doktor ni sebenarnya medan yang cukup baik untuk kita melaksanakan tugas dakwah kepada pesakit2 kita. mudah2an akan lebih ramai doktor-doktor muslim yang akan menjadikan kedoktoran bukan sahaja sebagai profesyen tetapi sebagai tempat mendaulatkan Islam.Key setakat ni la dulu.

 Jazakumullah Khairan Kathira...

 


Posted at 03:54 pm by Dr_Kadir
Comment (1)  

Sedikit pemberitahuan...

Assalamualaikum wbt...

 

Sedikit pemberitahuan kepada sahabat-sahabat pelajar perubatan di luar negara yang sedang bercuti kini tak kisahlah dari Mesir ke, UK ke, Russia ke, India ke, Indonesia ke (sekadar menyebut beberapa negara) bolehlah mengisi cuti yang ada dengan program sebagaimana di bawah.

 

PROGRAM HOLISTIC APPROACH TO PATIENTS

Tarikh: 3 Ogos 2006
Tempat: Hospital USM Kubang Kerian, Kelantan
Penganjur: Jabatan ORL USM, PPIM Kelantan, Unit Hal Ehwal Islam HUSM
Peserta: Pelajar-pelajar Perubatan Luar Negara
Bayaran: Percuma

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

Tarikh: 4 Ogos 2006
Aktiviti: Sunathon / Health Camp For Senior Citizens
Tempat: Sekitar Kota Bharu (Belum dikenalpasti)
Anjuran: PPIM Kelantan
Sukarelawan: Para doktor, jururawat HUSM dan pelajar perubatan luar negara

 

> TENTATIF PROGRAM HOLISTIC APPROACH TO PATIENTS

> 3 Ogos 2006 (Khamis)

> 8.00 pagi : Pendaftaran
 
> 8.30 pagi : Alu-aluan
   Mukaddimah Doktor Beribadah
   Prof Madya Dr Dinsuhaimi Sidek
   (head, ORL dept PPSP USM Pengerusi PPIM Kelantan)
 
> 10.00 pagi : Management of Dying Patients;
   Role of Muslim Physicians
   - Prof Madya Dr Kamarudin Jaalam
   (pulmonologist & intensivist HUSM)

> 11.00 pagi : Kudapan

   11.20 pagi : Kajian Pelaksanaan Solat di Kalangan Pesakit
   - Dr. Y.N.Azwany
   (Community Medicine dept, PPSP USM)


> 11.45 pagi : Bengkel Hospital Mesra Ibadah 
   -dikendali oleh Ustaz Ahmad Marzuk Shaari

   (Pegawai agama HUSM)

> 1.30 petang : Makan Tengahari
   Solat Dzuhur

> 2.30 petang : Bengkel Hospital Mesra Ibadah

> 3.30 petang : Lawatan ke Hospital Mesra Ibadah
   Praktikal Ibadah Pesakit

> 5.00 petang : Minum petang & Penutup

Bagi sahabat-sahabat yang berminat boleh lah hubungi terus AJK program ni 
> Ahmad Shuib Yahaya melalui telefon (017 3891052)
> atau saudara Wan Mohd Ruzaimi (JUST) di talian 017 9672880

 

Katanya pengangkutan dari stesen bas atau lapangan terbang ke lokasi program akan ditanggung oleh penganjur, Just cakap bila sampai dan di mana sahaja Shades 

Tentang penginapan, sekiranya mmg takder sedare mare atau sahabat handai kat sana bolehlah menginap di balai Islam dengan bayaran RM10/malam

Kalau yang nak pi jalan2 sekitar KB pun boleh meminta utk itu kepada AJK dan akan diuruskan (bukan main punya program)

 

Key yang berminat pergi lah yer. yang dah ada program lain yang lebih bermanafaat pandai2la fikir hihi. BTW moga semua usaha kearah memartabatkan Islam ni sentiasa diberi bantuan dan diberkati Allah.

 

Jazakumullah Khairan Kathira...


Posted at 02:57 am by Dr_Kadir
Comments (2)  




Tuesday, July 18, 2006
Demi Cinta Zainab...

Demi Cinta Zainab
 
Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com


Di kiri kekufuran di kanannya iman
Di sisi suami di hati seorang ayah
Di antara hukum dan di antara cinta
Berdirinya dikau di tengah-tengahnya
Bukan mudah menjadi puteri Rasulullah
Ketika suamimu masih jahiliyah

Hijrah mu tertahan engkau keseorangan
Memelihara iman ditengah kekufuran
Takdir menentukannya suami mu tertawan
Di medan Badar yang sangat menggetirkan
Lalu kau hulurkan kalungan kenangan
Sebagai penebus suami tersayang
Menitis airmata Rasul melihatnya
Melihat si Khadijah seolah berbicara
Ya....Binta Rasulallah

Tika sampailah waktu dibebaskan suaminya
Namun perintah Allah memisahkan keduanya
Bahang panasnya gurun
menusuk hingga ke sukma
Zainab mulakan hijrah
yang ditangguh demi cinta
Tika perjalanannya unta dibunuh
Kau keguguran kandungan

Zainab kau sungguh tabah
dipenuhi kesabaran
Tidak rasa keliru antara dua persimpangan
Antara dua kasih suami dan juga ayah
Juga antara cinta dan taat kepada Tuhan
Berjaya kau menempuhi segala rintangan
Demi cinta


 
Assalamualaikum wbt...
 
Saje nak kongsi penghayatan lagu demi cinta zainab ni dengan sahabat-sahabat. First time dengar bila Iqbal bercerita ttg kisah cinta Zainab binti Muhammad ni dalam satu liqa' utk usrah kami. Kagum mendengar kisah tu dan bila dengar lagu ni nak keluar air mata pun ada Big Smile pepun mungkin masih ramai yang belum mengetahui ttg kisah cinta Zainab dan Abu Ash ni kan? so ana ada taruk kat bawah ni kisah mereka. Moga sama-sama dapat tanam dalam diri kita agar bila bercinta tu biarlah berdasarkan takwa kepadaNya dan sekiranya di sana ada perkara yang menghalang kerana tidak bertepatan dengan syariat maka syariat lah yang mesti diutamakan... Moga sama2 ambik iktibar...Wink
 
Jazakumullah Khairan Kathira...
 
 
Zainab al kubra.

Zainab ra lahir sepuluh tahun sebelum ayahnya menjadi nabi. Beliau putri pertama Rasulullah saw dari Khadijah ra. Sesuai dengan sifat-sifat yang melekat pada diri ibunya, Zainab tumbuh menjadi teladan yang utama dengan seluruh sifat-sifat yang terpuji. Hampir sempurnalah sifat kewanitaan Zainab, sehingga putra dari bibinya yang bernama Abu al-'Ash bin Rabi', salah seorang yang terpandang di Mekah dalam hal kemuliaan dan harta, berhasrat melamar beliau. Dia adalah pemuda Quraisy yang tulus dan bersih, nasabnya bertemu dengan Nabi saw dari jalur bapaknya, yakni pada Abdu Manaf bin Qushay. Adapun dari jalur ibu, nasabnya bertemu dengan Zainab pada kakek mereka berdua, yakni Khuwailid, karena ibunya adalah Halah binti Khuwailid, saudari Khadijah.

Abu al-'Ash mengenal betul tentang kepribadian dan sifat Zainab, karena dia sering berkunjung ke rumah bibinya: Khadijah. Begitu pula Zainab dan kedua orang tuanya juga telah mengenal bagusnya Abu al-'Ash. Oleh karena itu, diterimalah lamaran dari pemuda yang telah diridhai Nabi saw dan Khadijah, juga oleh Zainab.

Maka, masuklah Zainab ke dalam rumah tangga suaminya, yakni Abu al-'Ash. Dalam usianya yang masih muda, Zainab mampu mengatur rumah tangga suaminya hingga menumbuhkan kebahagiaan dan ketenteraman. Allah mengaruniai dalam perkawinan ini dua orang anak yang bernama Ali dan Umamah. Semakin sempurnalah kebahagiaan rumah tangga itu dengan kehadiran keduanya dalam rumah yang penuh dengan kebahagiaan dan kenikmatan.

Pada suatu ketika, Abu al-'Ash berada dalam suatu perjalanan, kemudian terjadilah peristiwa besar dalam sejarah kehidupan manusia. Yaitu, diangkatnya Muhammad saw sebagai Nabi dengan membawa risalah. Bersegeralah Zainab menyambut seruan dakwah yang haq yang dibawa oleh orang tuanya, yakni Rasulullah saw. Beliau jadikan dienullah sebagai pedoman hidup yang dengannya menjadi jalan di atasnya.

Tatkala suaminya kembali dari berpergian, Zainab menceritakan perubahan yang terjadi pada kehidupannya, yang bersamaan dengan kepergian suaminya, muncullah dien yang baru dan lurus. Beliau menduga bahwa suaminya akan bersegera menyatakan keislamannya. Akan tetapi, beliau mendapatkan bahwa suaminya menyikapi kabar tersebut dengan diam dan tidak bereaksi.

Kemudian, Zainab mencoba dengan segala cara untuk meyakinkan suaminya, namun dia menjawab, "Demi Allah, bukannya saya tidak percaya dengan ayahmu, hanya saja saya tidak ingin dikatakan bahwa aku telah menghina kaumku dan mengafirkan agama nenek moyangku karena ingin mendapatkan keridhaan istriku."

Hal itu merupakan pukulan yang telak bagi Zainab, karena suaminya tidak mau masuk Islam. Maka, isi rumah tangga menjadi guncang dan gelisah. Tiba-tiba kegembiraan berubah menjadi kesengsaraan.

Zainab pun tinggal di Mekah di rumah suaminya, dan tidak ada seorang pun di sekelilingnya yang dapat meringankan penderitaannya karena jauhnya dirinya dengan kedua orang tuanya. Ayahnya telah berhijrah ke Madinah al-Munawwarah bersama sahabat-sahabatnya, sedangkan ibunya telah menghadap ar-Rafiiqul A'la, dan saudari-saudarinya pun telah menyusul ayahnya di bumi hijrah. Tatkala pecah perang Badar, kaum musyrikin mengajak Abu al-'Ash keluar bersama mereka untuk memerangi kaum muslimin. Akhirnya, nasib suaminya adalah menjadi tawanan kaum muslimin.

Tatkala Abu al-'Ash dihadapkan kepada Rasulullah saw, beliau bersabda kepada para sahabat, "Perlakukan tawanan ini dengan baik." Ketika itu Zainab mengutus seseorang untuk menebus suaminya dengan harta yang dibayarkan kepada ayah beliau beserta kalung yang dihadiahkan ibu beliau (Khadijah) tatkala pernikahannya dengan Abu al-'Ash. Tiada henti-hentinya Rasulullah memandang kalung tersebut, sehingga hati beliau hanyut mengenang istrinya yang setia, yakni Khadijah yang telah menghadiahkan kalung tersebut kepada putrinya. Setelah beberapa saat, Rasul terdiam. Beliau bersabda dengan lemah lembut, "Jika kalian melihatnya (sebagai kebaikan), maka bebaskanlah tawanan tersebut dan kembalikanlah harta tebusannya, maka lakukanlah!" Para sahabat menjawab, "Baik, ya Rasulullah."

Selanjutnya Rasulullah mengambil janji dari Abu al-'Ash agar membiarkan jalan Zainab (untuk hijrah), karena Islam telah memisahkan hubungan antara keduanya.

Kemudian Abu al-'Ash kembali ke Mekah, sementara Zainab menyambutnya dengan riang gembira. Tetapi, yang terjadi pada diri Abu al-'Ash lain dengan apa yang terjadi pada Zainab. Akhirnya keluarlah Zainab dari Mekah meninggalkan Abu al-'Ash, suami yang tercinta, dengan perpisahan yang mengharukan. Namun, orang-orang Quraisy justru menghalang-halangi beliau (untuk berhijrah), mereka mencegah dan mengancam beliau. Ketika itu beliau sedang hamil dan akhirnya gugurlah kandungannya. Selanjutnya beliau pulang ke Mekah dan Abu al-'Ash merawatnya hingga kekuatannya pulih kembali. Lalu beliau keluar pada suatu hari di saat orang-orang Quraisy lengah perhatiannya. Beliau keluar bersama saudara Abu al-'Ash yang bernama Kinanah bin ar-Rabi' hingga sampai kepada Rasulullah saw dengan aman.

Berlalulah masa selama enam tahun beserta peristiwa-peristiwa besar yang menyertainya, sedangkan Zainab berada dalam naungan ayahnya di Madinah. Beliau hidup dengan penuh optimis dan tak kenal putus asa, yakni berusaha agar Allah melapangkan dada Abu al-'Ash untuk Islam.

Pada bulan Jumadil Ula tahun 6 Hijriyah, tiba-tiba Abu al-'Ash mengetuk pintu Zainab, kemudian Zainab membuka pintu tersebut. Seolah-olah Zainab tidak percaya dengan apa yang dilihatnya sehingga ia ingin mendekatinya. Akan tetapi, ia menahan diri karena ingin memastikan tentang akidahnya, mengingat bahwa akidah adalah yang pertama dan yang terakhir.

Abu al-'Ash menjawab, "Kedatanganku bukanlah untuk menyerah, akan tetapi saya keluar untuk berdagang membawa barang-barangku dan juga milik orang-orang Quraisy, namun tiba-tiba saya bertemu dengan pasukan ayahmu yang di dalamnya ada Zaid bin Haritsah bersama 170 tentara. Selanjutnya mereka mengambil barang-barang yang saya bawa dan aku pun melarikan diri, dan sekarang aku mendatangimu dengan sembunyi-sembunyi untuk meminta perlindunganmu."

Zainab yang memiliki akidah yang bersih berkata dengan rasa sedih dan iba, "Marhaban (selamat datang) wahai putra bibi… Marhaban wahai ayah Ali dan Umamah (keduanya anaknya Zainab dengan Abu al-'Ash)."

Tatkala Rasulullah saw selesai salat Subuh, dari dalam kamar Zainab berteriak dengan suara yang keras, "Wahai manusia, sesungguhnya aku melindungi Abu al-'Ash bin Rabi." Kemudian Rasulullah saw ke luar seraya bersabda, "Wahai manusia, apakah kalian mendengar apa yang aku dengar?" Mereka menjawab, "Benar Ya Rasulullah." Lalu beliau bersabda, "Adapun demi yang jiwa Muhammad ada di tangan-Nya, tiadalah aku mengetahui hal ini sedikit pun hingga saya mendengar sebagaimana yang kalian dengar. Dan orang-orang yang beriman adalah tangan bagi selain mereka, sehingga berhak memberikan perlindungan kepada orang yang dekat dengannya, dan sungguh kita telah melindungi orang-orang yang telah dilindungi oleh Zainab."

Kemudian masuklah Rasulullah saw menemui putri beliau: Zainab, lalu berkata, "Muliakanlah tempatnya dan janganlah dia berbuat bebas kepadamu, karena kamu tidak halal baginya."

Selanjutnya Zainab memohon ayahnya agar mau mengembalikan harta dan barang-barang Abu al-'Ash. Maka, keluarlah Rasulullah menuju tempat para sahabat yang sedang duduk-duduk. Beliau bersabda, "Sesungguhnya laki-laki ini sudah kalian kenal. Kalian telah mengambil hartanya, maka jika kalian rela, kembalikanlah harta itu kepadanya dan saya menyukai hal itu, namun jika kalian menolaknya, maka itu adalah fa'i (rampasan) yang Allah karuniakan kepada kalian dan apa yang telah Allah berikan kepada kalian, maka kalian lebih berhak terhadapnya."

Para sahabat menjawab dengan serentak, "Bahkan kami akan mengembalikan seluruhnya ya Rasulullah." Akhirnya mereka mengembalikan seluruh hartanya, seolah-olah dia tidak pernah kehilangan sama sekali.

Selanjutnya Abu al-'Ash pergi meninggalkan Zainab, dia menuju Mekah dengan membawa sebuah tekad. Tatkala orang-orang Quraisy melihat kedatangannya dengan membawa barang dagangan beserta labanya, maka mulailah Abu al-'Ash mengembalikan harta dan laba itu kepada setiap yang berhak. Kemudian beliau berdiri dan berseru, "Wahai orang-orang Quraisy, masih adakah di antara kalian yang hartanya masih berada di tanganku dan belum diambil?" Mereka menjawab, "Tidak, semoga Allah membalasmu dengan kebaikan. Sungguh, kami dapatkan bahwa Anda adalah seorang yang setia janji dan mulia." Lalu di tempat itulah Abu al-'Ash berkata, "Adapun aku, aku bersaksi bahwa tiada ilah (tuhan) yang haq (benar) kecuali Allah dan bahwa Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya. Demi Allah tiada yang menghalangi diriku untuk masuk Islam (tatkala di Madinah), melainkan karena saya khawatir kalian menyangka bahwa saya hanyalah ingin melarikan harta kalian. Maka, tatkala Allah mengembalikan barang-barang kalian dan sudah aku laksanakan tanggung jawabku, maka aku pun masuk Islam."

Abu al-'Ash bertolak ke Madinah sebagai seorang muslim. Beliau berhijrah menuju Allah dan Rasul-Nya, dan di sanalah beliau bertemu orang yang dia cintai, yakni Muhammad saw dan para sahabatnya. Akhirnya, Rasulullah saw mengembalikan Zainab ra kepada Abu al-'Ash sehingga berkumpullah keduanya. Mereka bangun rumah tangga sebagaimana sebelumnya dengan kegembiraan dan kebahagiaan. Akan tetapi, berkumpulnya mereka sekarang dalam akidah yang satu yang tidak dikotori apa pun.

Setelah berlalu setahun, kemudian Zainab wafat pada tahun 8 Hijriyah akibat sakit yang masih membekas karena keguguran ketika beliau berhijrah. Abu al-'Ash menangisi beliau ra hingga menyebabkan orang-orang yang berada di sekitar beliau turut menangis. Kemudian datanglah Rasulullah saw dalam keadaan sedih dan mengucapkan selamat tinggal, lalu bersabda kepada para wanita:

"Mandikanlah dengan bilangan yang ganjil, tiga atau lima, dan yang terakhir dengan kapur barus atau sejenisnya. Apabila kalian selesai memandikan, beritahukanlah kepadaku." Tatkala mereka telah selesai memandikannya, beliau memberikan kain penutup dan bersabda, "Pakaikanlah ini kepadanya."

Semoga Allah merahmati Zainab al-Kubra binti Rasulullah saw dan membalas seluruh amalannya dengan balasan yang baik.

Sumber: Nisa' Haular Rasuul, Mahmud Mahdi al-Istanbuli dan Musthafa Abu an-Nashr asy-Syalabi


Posted at 11:25 am by Dr_Kadir
Comment (1)  




Monday, July 17, 2006
Hanya padaMU...

Assalamualaikum wbt...

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(Al Insyirah : 5-6)

Kalam itu,
kubaca-baca, kuulang-ulang,
ya janjinya pasti,
tiada kesusahan dan kesukaran,
melainkan sesudahnya kesenangan,
tapi bila? bila?...

Bila hati kian gundah,
dilanda ujian dah mehnah,
mampukah diri?
untuk sabar dan pasrah,
menempuh segala.

mengapa begitu wahai diri?
tidak percayakah pada janjiNya?
lupakah pada firmannya?

"...Dan boleh jadi kamu bencikan sesuatu sedangkan ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu sukakan sesuatu sedangkan ia buruk bagi kamu, dan Allah jualah yang mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui,"

(Al Baqarah:216)

Mungkin inilah yang terbaik buatku,
mungkin inilah yang paling tepat untuk diriku,
memang ku tak punya pilihan,
hanya padaMu ku mengadu,
betapa terbatasnya helahku,
betapa sedikitnya buah fikiranku,
namun ku tak putus harap,
hanya padaMu ku meminta Ya Tuhan,
tunjukilah aku pada jalan sebaiknya,
agar pilihanku tak sia-sia

tak berhenti mengharap,
tak berhenti berdoa,
moga pilihan terbaik tetap kutemui,
kerana Dia yang Maha Tahu,
kerana Dia yang Maha Penentu.

Namun kiranya pilihanku tersasar,
kiranya ia kurang tepat dan tidak mengena,
kupohon ampun padaMu Tuhan,
ku tiada terdaya,
namun jadikanlah daku antara hambaMu
yang tegar tawakkal dengan ketentuanMu.
kerana ku tahu,

"sesiapa yang bertawakkal kepada Tuhan maka Tuhan mencukupkan keperluanNya"

(At Talaq: 3)

Oleh itu Ya Tuhan,
Jadikanlah diriku sebaik-baik hambaMu yang bertawakkal dan menyerah diri...

Ibn Zain
18 Julai 2006
12:58 pagi

Saje je buat puisi ni sambil2 belek buku Tip-tip cemerlang daripada Al Quran ni, i think ni buku terbaru dari Dr Danial Zainal Abidin. tak tau la kalau ada yang lagi terbaru. By the way, mmg menarik utk sahabat2 pun baca skali buku ni.InsyaAllah dapat tambah thaqafah dan tambah keyakinan diri bahawa mmg Islam ini adalah agama yang cukup indah untuk dianuti, dan memang Islam lah agama yang paling benar dan paling diterima di sisi Allah SWT.

Boleh didapati di gerai2 buku berhampiran anda hihi Big Smile key sini dulu. Banyak-banyak ingat Allah dan letakkan segala doa dan harapan kat Dia ya. insyaAllah tak rugi as kita mmg hambaNya dan Dialah Tuan kita.Takutilah Dia dengan mendekatkan diri padaNya. hingga entry akan datang.

Jazakumullah Khairan Kathira....


Posted at 05:58 pm by Dr_Kadir
Make a comment  




Sunday, July 16, 2006
Murtad...

Assalamualaikum wbt...

Maka berkatalah sohibus samahah,
Makin ramai umat melayu,
Menanggalkan nikmat Iman di hati
Meninggalkan ajaran Islam yang dianuti,
Hingga mencapai ratusan ribu murtad meninggalkan agama ini.

Lalu di sambut oleh media,
"takkanlah sampai ratusan ribu bilangannya,
jika puluhan ribu tu munasabahlah juga"

Bukan bilangan yang jadi persoalan,
tapi dimanakah adanya sebarang tindakan,
hingga agama jadi persenda gurauan
meninggalkan Islam sewenang-wenang.

Sedangkan dalam Islam,
barang seorang pun mengaku murtad meninggalkan Islam,
dikira besar mehnah dan dugaannya.
menjatuhkan maruah Islam sebagai satu-satunya agama disisi tuhan

Namun begitulah realiti yang dihadapi,
rakyat makin leka diulit kesenangan duniawi,
hiburan disaji di sana sini,
ajaran agama langsung tak diberi,
hingga jadilah si anak tak tau itu dan ini.
punah ranah bila makin dewasa diri.

Cukup dahsyat fenomena kini,
golongan murtad makin berani membela diri,
makin galak bila undang-undang menyebelahi.
hingga ramai yang nak tukar nama dan agama di IC.
nama islam dah nak tukar dengan nama kristian kini.

Jadi dimana silapnya?
adakah kurangnya ayah bonda yang mendidik?
atau kawan2 yang selalu menarik?
usaha mubaligh yang tak serik2?
atau kerajaan yang langsung tak cakna menyelidik?
hingga ummat kini makin lama makin tersepit.
Hanya pada Allah kita pohon ampun
atas kelalaian kita selama ini, hingga ummat lesu dan leka.

Jadi ape yang perlu kita lakukan,
sama-samalah fikirkan,
moga selepas ini...takkan ada lagi yang berani menyekutukan diriNya sebagai Tuhan!!

ALHAMDULILLAHI RABBIL ALAMIN... Segala puji dan syukur kehadrat Allah yang masih memberikan kesihatan dan kekuatan yang baik kepada hambaNya ini utk meneruskan liku-liku dan ujian dalam kehidupan yang fana ini. Gugusan ucapan Puji dan Selawat ke atas kekasih rabbul Izzati pembawa rahmat keseluruh alam dan pemberi syafaat di hari pembalasan.Ahli keluarga baginda sahabat-sahabat yang bersama sama dalam perjuangan baginda para tabi'e dan tabi'e tabie'n penerus sunnah dan ajaran Islam syuhada' Islam yang gugur dalam perjuangan untuk menegakkan kalimah Islam yang tercinta seterusnya sahabat sahabat ana muslimin muslimat yang ana cukup kasihi semuanya.Moga dalam Rahmat dan Kasih Sayang Allah jua

Kat atas cuma sedikit luahan daripada kuliah maghrib yang diikuti semalam yang disampaikan oleh Al Fadhil Tuan Ibrahim Tuan Man yang membicarakan ttg isu yang kembali timbul setelah sebelum ini ditutup oleh pihak2 tertentu iaitu isu murtad dalam negara kita kini yang dah mencecah ratusan ribu bilangannya. Tak sangka kan? negara Islam yang dicanang-canangkan ini dalam masa yang sama bilangan yang murtad cukup tinggi bilangannya sedangkan bagi kita umat Islam kalau sorang pun orang Islam yang murtad cukup besar implikasinya.Tapi tulah realiti di Malaysia. Cukup bersyukur dapat dengar penjelasan ttg isu ini oleh Tuan Ibrahim Tuan Man. dah lama benar tak dengar secara life. tak sangka kali ni ustaz mai ke kampung sendiri plak.

Pepun antara pesnan terakhir sebelum beliau menutup kuliah maghrib semalam, beliau mintak sangat2 kepada hadirin agar:-

1- kalau boleh berikan penerangan sejelas-jelasnya kepada orang ramai ttg bahaya murtad dan implikasi kepada si murtad itu sendiri di mana kalau still tak bertaubat selama-lamanya tempatnya di neraka Allah. Selama-lamanya berbeza bagi mereka yang berdosa akan ke syurga juga akhirnya tapi tidak kepada mereka yang murtad.

2- Tambahkan ilmu dengan membaca, kerana umat melayu Islam ni cukup kurang membaca. Ikut DBP purata 2 muka je stahun yang dibaca. so banyakkan membaca.

3- Doakan jugak untuk sahabat-sahabat kita di Palestin yang kini makin teruk ditekan dan diserang oleh yahudi israel la'natullah. Rintihan syeikh Ahmad Yasin. "kenapa aku yang cacat ini terpaksa berjuang menentang musuh-musuh Allah itu sedangkan ramai lagi sahabat2ku seaqidah. berapa juta orang Islam di seluruh dunia ini namun takderpun yang sampai kepada kami mereka untuk sama-sama berjuang, duit pun tak sampai kepada kami dan yang lebih sedih lagi, doa-doa kamu pun tak sampai kepada kami.."

Moga Allah melindungi kita dan sahabat-sahabat kita yang terus berjuang mempertahankan aqidah mereka agama Allah yang maha mulia ini dari terus dimusnahkan oleh musuh2 durjana itu.

keylah setakat tu je utk kali ni. moga sama-sama dapat ambik ingatan.

Jazakumullah Khairan Kathira...

Ps: Afwan kat makcik sebab lewat hadiri majlis semalam. dah cakap nak datang lepas kuliah maghrib tu kan? apepun yang penting datang. betul tak?Wink


Posted at 04:19 pm by Dr_Kadir
Comments (2)  




Saturday, July 15, 2006
Zizou zizou zizou...

Sedikit article dapat dari ppim yahoogroups.



Zizou, Zizou, Zizou: Islamophobia di padang bola

Maszlee Malik


"Zidane was the magician in the game." Pele

"Zidane is one of the greatest players in history" Franz Beckenbauer

"Zidane.You are a virtuoso, a genius of world football. You are also a man of the heart, of commitment, of conviction, and that's why France admires and loves you" Chirac (Presiden Peranchis).

"Zizou for president" , Penyokong-penyokong pasukan bolasepak Peranchis

" Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) merakamkan setinggi penghargaan kepada ketua pasukan bolasepak Perancis, Zinedine Zidane yang dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Piala Dunia 2006 di Jerman kali ini", Harakahdaily (13/7/2006)


Saya bukanlah dari kalangan penggila bola (footballmaniac) yang sanggup mengorbankan tidur saya semata-mata untuk menyaksikan dua puluh dua orang berebut satu bola di dalam padang. Saya juga tidak akan pernah bersetuju dengan tindakan membazirkan wang dan tenaga sesetengah pihak yang sanggup memakai jersi dan menconteng muka semata-mata menyokong pasukan bolasepak mereka yang berada beribu batu nun jauh di Jerman. Bagi saya, fenomena ini semua hanya merupakan lambakan kekotoran globalisasi. Tanpa kita dapat menafikan, ianya juga merupakan lombong emas bagi para kapitalis. Siapakah yang paling untung sepanjang "Mondeal" ini ?

Sekadar menamakan, syarikat-syarikat televisyen, syarikat-syarikat arak (terutamanya Carlsberg), syarikat-syarikat telefon bimbit (Orange, Vodafone, Maxis, Celcom, DiGi, dll.), pengeluar jersi sukan dan peralatan sukan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan 1001 pihak kapitalis lagi. Semakin gila rakyat dengan Mondeal ini, semakin untunglah golongan Borguese. Di atas dasar inilah saya tidak nampak perlunya saya bazirkan sekelumit dari waktu saya untuk menonton malah mengambil peduli tentang apa yang berlangsung di Jerman. Agak menarik juga apabila ada pertubuhan Islam yang membuat kenyataan tahniah untuk pasukan Peranchis kerana menjuarai kejohanan tersebut. Mungkin ianya salah satu strategi untuk "memasyarakat" kan diri...

Walau bagaimanapun di akhir kejohanan Mondeal tersebut saya telah dikejutkan dengan satu insiden yang besar. Bukanlah kekalahan Peranchis yang memeranjatkan saya, tetapi insiden berbau "Islamiphobia" yang berlaku di pandang bola Berlin. Insiden yang telah menyebabkan kapten pasukan bolasepak Peranchis, Zinadene Zidane telah diprovokasi dengan pelbagai ucapan berbau perkauman dan islamiphobic oleh pemain Itali, Marco Materazzi. Provokasi tersebut telah mengundang tindak balas agresif dari Zidane yang telah menghantukkan kepalanya ke dada Materazzi. Natijahnya, beliau telah dikenakan kad merah, hanya 10 minit sebelum perlawanan akhir Mondeal itu berakhir.

Pihak media pada mulanya telah menyalahkan Zidane yang dikecam sebagai "panas baran" dan "hilang akal". Akhirnya kesemua tuduhan yang dilemparkan senyap apabila Zidane telah muncul membela dirinya di dalam kenyataan akhbar yang mendapat liputan meluas di peringkat antarabangsa. Zidane telah menjustifikasikan tindakannya itu kerana bertindak balas terhadap cacian Materazzi terhadap ibunya dan saudara perempuannya. Zidane, walau bagaimanapun menafikan kenyataan salah sebuah akhbar anti-perkauman di Paris yang mengatakan Materazzi telah melabel Zidane sebagai "Terrorist" (pengganas) lantas membuatkan beliau naik angin.
 
Pakar membaca gerakan bibir dan forensik dari Britain, Jessica Rees di dalam kenyataan beliau kepada akhbar The Times mengatakan, Materazzi sememangnya telah membuat kenyataan perkauman tersebut. Menurut Rees, Materazzi telah mengatakan bahawa Zidane adalah "son of a terrorist whore" (anak kepada pelacur pengganas). Rees menambah lagi, setelah mengamati video makian Materazzi itu berkali-kali, beliau juga mendapati bahawa Materazzi telah menucapkan juga "so just f*** off' for good measure" (Pergi berambus lebih baik). Kenyataan Rees ini telah disokong oleh pelbagai pihak. Antara mereka yang menyokong adalah akhbar "The Daily Mail" dan juga akhbar "The Independent" . Para penyokong dan peminat bolasepak seluruh dunia pun agak bersetuju dengan pendapat ini.

Apa yang dapat kita simpulkan di sini?

Setiap orang berhak membuat analisa mereka yang tersendiri. Setiap orang mempunyai persepsi mereka yang tersendiri. Apa yang pasti, insiden tersebut telah mencerminkan wajah sebenar dunia masakini. Materazzi dan Zidane hanyalah dua aktor yang meneruskan skrip yang sama diulang dan ditayangkan oleh aktor-aktor lain. Skrip yang agak monotenous ini merupakan satu wajah yang dipaksakan kepada penduduk dunia. Skrip tersebut malangnya bertemakan "Islamiphobia" . Tidak kiralah samada yang mengucapkan itu Materazzi, atau Pat Paterson, atau Jerry Farewell, atau Bush, ataupun para kartunis Jyllen Posten. Kesemuanya membawa mesej yang sama...Islamiphobia . Ide dan propaganda zaman kegelapan (medievel) Eropah kini muncul kembali. Kemunculannya kali ini agak lebih agresif dan lebih global. Lebih parah, propaganda Islamiphobia alaf ini turut sama menyerang tanah air umat Islam dan masyarakat Islam itu sendiri.

Jika insiden yang menimpa Zizou itu berlaku di Eropah, ianya dimaklumi. Jika ianya dikeluarkan oleh Materazzi, ianya juga maklum. Jika yang membawa racun-racun Islamiphobia itu adalah para orator Kristian Evangelist juga, ianya agak maklum. Namun, jika ianya berlaku di Malaysia sendiri, dikeluarkan oleh mereka yang dilahirkan oleh seorang ibu yang Muslim, ataupun dikeluarkan oleh non-Muslim di tanah air yang dinobatkan sebagai Negara Islam Hadhari...apakah ianya boleh diterima?

Inilah hakikat yang melanda tanah air kita dewasa ini. Media berbahasa Inggeris semakin berani menampakkan belang "Islamiphobic" mereka. Segala berita dan kenyataan yang berbau Islam akan diwarnakan dengan grafiti-grafiti yang negatif. Kenyataan berat sebelah pihak yang berbau Islamiphobic akan mendapat liputan meluas dan akan disensasikan. Kenyataan balas yang lebih rasional dan mematahkan hujah mereka yang prejudis akan di"khatan"kan. Akhirnya kenyataan balas, akan dilihat dengan hambar, lesu dan kadang-kadang sengaja diprovokasikan. Fenomena inilah yang telah dibawa oleh Muslim Profesional Forum kepada pihak media dan pihak berkuasa. Persoalan yang sering dipersoalkan oleh MPF, "Mengapakah Islamiphobia begitu ketara di dalam media di Malaysia?"
 
Uniknya Islamiphobia di Malaysia ini, ianya diperjuangkan oleh orang Melayu sendiri. Tidak kiralah jenama dan ideologi apa yang mereka tonjolkan, namun mesejnya adalah sama. Islam tidak patut lebih diistimewakan di Malaysia. Islam mesti tunduk kepada kehendak rakyat dan juga tuntutan non-nuslim. Umat Islam tidak berhak mendapat kedudukan istimewa di Malaysia, begitu juga dengan agama Islam dan undang-undang Islam. Para ilmuan Islam tidak berhak untuk campurtangan di dalam urusan kehidupan. Islam perlu diubah menurut kehendak nafsu. Islam perlu mengiktiraf "kebenaran" agama lain. Islam tidak perlu lagi!

Samada yang membawanya itu berlogokan "hak asasi manusia", "hak untuk murtad", "kebebasan beragama", "Pluralisme aqidah (dan bukan sosial)", "liberal", "feminisme" dan apa-apa sahaja, ianya tetap menjayakan agenda "Islamiphobia" .

Persoalan yang patut kita fikirkan, "Kemanakah "Zidane" di Malaysia ini untuk memperjuangkan hak Islam dan umat Islam?". Jikalaulah Zidane sanggup dilayangkan kad merah demi mempertahankan maruah ibunya, tidak adakah Zidane di Malaysia ini untuk mempertahankan Islam?

Viva la Zizou!

Posted at 12:36 pm by Dr_Kadir
Comments (2)  

Bangunlah wahai pemuda...

 

Assalamualaikum wbt...

ALHAMDULILLAHI RABBIL ALAMIN... Segala puji dan syukur kehadrat Allah yang masih memberikan kesihatan dan kekuatan yang baik kepada hambaNya ini utk meneruskan liku-liku dan ujian dalam kehidupan yang fana ini. Gugusan ucapan Puji dan Selawat ke atas kekasih rabbul Izzati pembawa rahmat keseluruh alam dan pemberi syafaat di hari pembalasan.Ahli keluarga baginda sahabat-sahabat yang bersama sama dalam perjuangan baginda para tabi'e dan tabi'e tabie'n penerus sunnah dan ajaran Islam syuhada' Islam yang gugur dalam perjuangan untuk menegakkan kalimah Islam yang tercinta seterusnya sahabat sahabat ana muslimin muslimat yang ana cukup kasihi semuanya.Moga dalam Rahmat dan Kasih Sayang Allah jua

Dalam ruang-ruang waktu yang ada sepanjang cuti ni akhirnya dapat juga bertandang lagi ke Masjid Rusila di pagi Jumaat ini untuk sama-sama mendengar kuliah dari Tok Guru. Lama tak dengar ceramah Tok Guru. Kiranya semalam dapatlah melepaskan rindu mendengarnya. Dan seperti biasa sememangnya masjid tu akan dipenuhi dengan orang ramai yang cukup dahagakan ilmu bagi membimbing diri mengharungi hari-hari di muka bumi ini dengan sebaiknya. Cukup harmoni suasana yang ada, Cukup seronok. dapatlah kembali menelaah kitab-kitab seperti Dalil Falihin,. Ayatul Ahkam Tafsir Quran dan sebagainya. Rugi betul tertinggal kitab2 tu kat Mesir. Tapi kalau nak bawak balik ke Malaysia tu pun agak berat jugak. So menuntutlah sekadarnya insyaAllah dapat jugak manafaatnya. Untuk sahabat2 jugak kalau ada peluang boleh la join sekali ke sana setiap pagi Jumaat. Sama-sama tambah ilmu ya. Jangan rasa cukup dengan Ilmu yang ada...Wink

Semalam  jugak seperti biasalah solat Jumaat kan. So kali ni seperti minggu sebelumnya, Bertandang ke Masjid Putih atau nama sebenarnya Masjid Sultan Zainal Abidin, juga merupakan Masjid Negeri. Tu time PAS memerintah la tak tau la skrg. Sekarang masjid tu pun sedang diubahsuai dan dibaiki memaksa saf depan masjid tu di anjakkan sedikit lagi kedepan menyebabkan mimbar untuk khatib berkhutbah terkebelakang sedikit. Jadi sampai2 ke Masjid tu cam biasalah sunnahnya dapatkan saf paling depan kan. so teruslah menuju ke depan. Hinggalah sampai tika waktu untuk khatib berkhutbah dalam hati "Cam pernah dengar suara khatib ni. Tapi di mana ya?? Big Smile Takkan Ustaz Azizi kot, takkan Ustaz Nasaruddin kot" Last-last time nak solat dah tu, nampaklah siapa rupanya Tuan Khatib dan merangkap Imam pada hari tu 'Ustaz Mohd Nor bin Besar' hihi tak sangka Ustazku kat SHAMS ni yang jadi imam hari ni. 'Khatib Jemputan'

Pepun menarik jugak ape yang Ustaz sampaikan dalam khutbahnya tu. Direct ditujukan kepada muda mudi terutamanya di Malaysia yang nampak gaya nya makin hanyut dengan kesenangan dunia, hiburan dan sebagainya. Kadang-kadang rasa cam khutbah tu ditujukan untuk diri sendiri tul2. Tapi hakikatnya begitulah, jauh sekali golongan muda yang ada sekrang jika dibandingkan dengan para syabab di zaman Rasulullah dulu dalam semua aspek. Kalau dulu umur belasan dan awal 20an sudahpun ada yang dilantik menjadi panglima perang mempertahankan Islam seperti Usamah bin Zaid menjadi hakim yang bijaksana seperti Syuraih dan lain-lain lagi. tapi golongan syabab yang ada skrg banyak menghabiskan masa mendengar lagu-lagu hiburan, main PS2, games kat komputer dan sebagainya dan yang lebih sedih lagi ramai yang sanggup menghancurkan masa depan sendiri dengan terlibat dengan dadah. Rugi tenaga yang ada tidak digunakan pada tempat sebaiknya. So sahabat-sahabat cubalah renungi masa yang kita habiskan sehari2 kemana tempatnya. Moga kita sama2 dapat menyumbang jugak kalau tak banyak pun sedikit untuk membangunkan Islam dan meletakkannya ke tempatnya... InsyaAllah.

Bangunlah wahai syabab!! credit: alwancomic

Key tak nak berceloteh lagi. Ayahanda pun sedang bertukang kat luar,ntah ape yang sedang dibuatnya. nak pergi join skali. Hingga entry akan datang, Peliharalah iman di hati buatlah amal dengan sebaiknya sebelum kita pergi menghadapnya. Pastikan bekal yang dibawa mencukupi untuk menharungin perjalanan panjang beribu2 tahun perjalanan di akhirat kelak. Mati bukan syaratnya tua dan mati jugak bukan syaratnya sakit. bila2 masa kita akan menghadapinya....Jumpa lagi ya.

Jazakumullah Khairan Kathira...


Posted at 05:26 am by Dr_Kadir
Make a comment  

A Big Thankyou to All Starbucks customers...

Assalamualaikum wbt....

Got this news from my friend. so sape2 sahabat-sahabatku yang selalu sangat bertandang ke starbucks atau macam2 lagi restaurant KFC, Mc Donalds etc. yang sememangnya selalu memberikan dana peruntukan utk jews ni, fikir-fikirkanlah kemana duit yang kita belanjakan itu disalurkan dan untuk apa?

Parody: A Big Thankyou To All Starbucks Customers
Written by Howard Schultz   
Tuesday, 11 July 2006

Dear Starbucks Customer,

First and foremost I want to thank you for making Starbucks the $6.4 billion global company it is today, with more than 90,000 employees, 9,700 stores, and 33 million weekly customers. Every latte and macchiato you drink at Starbucks is a contribution to the close alliance between the United States and Israel, in fact it is - as I was assured when being honoured with the "Israel 50th Anniversary Friend of Zion Tribute Award" - key to Israel's long-term PR success. Your daily chocolate chips frappucino helps paying for student projects in North America and Israel, presenting them with the badly needed Israeli perspective of the Intifada.

Starbucks, through the Jerusalem Fund of Aish HaTorah, an international network of Jewish education centres, sponsors Israeli military arms fairs in an effort to strengthen the special connection between the American, European and Israeli defense industries and to showcase the newest Israeli innovations in defense. As my contribution to the fight against the global rise of anti-Semitism, the reason behind the current conflict in the Middle-East, I help Aish HaTorah sponsoring the website "honestreporting.com" and produce material informing of Israel's side of the story.

Without you, my valued customer, I wouldn't be able to raise hundreds of millions of dollars each year to support Israeli citizens from terrorist attacks and keep reminding every Jew in America, to defend Israel at any cost. $5 billion per year from the US government are no way near enough to pay for all the weaponry, bulldozers and security fences needed to protect innocent Israeli citizens from anti-Semitic Muslim terrorism. Corporate sponsorships are essential.

Having the bigger picture in mind, Starbucks have donated a store to the US army to help in the "War on Terror". I cannot emphasise enough, how vital the "War on Terror" is for the continued viability and prospering of the Jewish State.

So next time you feel like chilling out at a Starbucks store, please remember that with every cup you drink at Starbucks you are helping with a noble cause.

Howard Schultz
Chairman & Chief Global Strategist
Starbucks Coffee Stores


Posted at 01:47 am by Dr_Kadir
Comments (3)  




Friday, July 14, 2006
Sanah Helwa dinda...

Assalamualaikum wbt

Entry Khas sempena ulangtahun kelahiran adinda tersayang...

Tengku Zahidah binti Tengku Zainal Abidin
"Perempuan yang zuhud perhiasan para ahli ibadah" (betul ke zuhud ni?Tongue)

14th July 2006

Dengan ucapan :

Moga Diberkati Allah akan usia dan Dicukupkan Allah akan rezeki

Moga menjadi anak yang soleh, adik yang taat, kakak yang cute, pelajar yang cemerlang dan yang lebih penting menjadi hamba Allah yang patuh akan suruhan dan laranganNya setiap masa

Moga cemerlang dalam SPM yang bakal menejelang ini yer.

Do your best and leave the rest to AllahWink

Ps: Alhamdulillah result third year sudah pun keluar. Walaupun tak cemerlang tapi cukup bersyukur sekurang-kurangnya tiada paper yang akan direpeat. So boleh duk kat Malaysia ni selama seperti yang dirancangkan. Seronok mak ayah...


Posted at 11:10 am by Dr_Kadir
Comments (5)  




Previous Page Next Page
 


Ikhwah yang online sekarang
Dr Kadir




Tengku Abdul Kadir Bin Tengku Zainal Abidin

6 February 1985

YM:hizbullah5315

Pendidikan

1991
Tabika Kemas Kampung Tanjung Paya

1992 - 1997
SK Ladang

1998 - 2002
SMKA Sheikh Abdul Malek

2003
Negeri SembilanMatriculation College (KMNS)

2003
International Education Centre (INTEC)

2003 - 2009
Kuliah Perubatan, Ain Shams U,Cairo InsyaAllah










 
<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31

Bicara Sesama Kita
"Maka akan diuji akan dirimu daripada perasaan takut,kelaparan dan kehilangan dari harta,diri dan buah2an.dan berita gembira bagi mereka yang sabar. " (AlQuran)



Sahabat-Sahabat

">
Kak Syaheerah

Mujahid

Kak Chetie

Ulfah (Izzah

Fadhli

HayyIe

Nurul Ain

Sokai

Mai
Camana Cuaca Hari ni ek??

The WeatherPixie

Ikhwah adalah pengunjung yang ke:

Hits Since November 28, 2004!

Free Counter by Pliner.Net
dating, lasik, search, shopping

"Sesungguhnya solat itu, akan menghindarkan diri dari sifat keji dan mungkar"






 
Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed





Dr Kadir