Entry: Ahlan Ya Ramadhan... Sunday, September 17, 2006



Assalamualaikum wbt...

Sedikit bingkisan sempena kehadiran Ramadhan yang ditunggu-tunggu nie setelah lama menyepi. Seronok sangat bercuti kan.hihi Big Smile

Ahlan Ya Ramadhan...

Ħ°Hai orang-orang yang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwaĦħ
Al ¨CBaqarah : 183

Ħ°Apabila tiba bulan Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta syaitan-syaitan dibelengguĦħ
Hadith riwayat Bukhari dan Muslim

 

 Ramadhan kini tiba lagi. Setelah sebelas bulan menunggu dan menunggu maka untuk kesekian kalinya kita akan kembali menikmati keindahan beribadat dan melakukan ketaatan di bulan Mulia yang penuh rahmah, berkat dan keredhaan oleh Allah SWT ini. Sebagaimana hadith Rasulullah yang mengatakan bahawa Ramadhan itu, pada permulaannya Rahmah, pertengahannya Maghfirah dan pengakhirannya Kelepasan daripada Api Neraka.


 Melihat kepada peri pentingnya dan janji-janji berupa ganjaran yang telah dinyatakan oleh Allah di dalam AlQuran dan melalui hadith-hadith baginda Rasul SAW maka tidak sepatutnya kita melepaskan peluang untuk meningkatkan amal ibadat kita semata-mata untuk mendapat keredhaan dariNya. Selain memikirkan hikmah-hikmah di sebalik kewajipan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini.

 Moga tujuan kita diwajibkan oleh Allah untuk menjadi hamba-hambanya yang bertakwa (Al Baqarah : 183), bersyukur (Al Baqarah : 185) , diberi petunjuk (Al Baqarah 186) dan diberikan kejayaan (Al Baqarah 189) akan dapat sama-sama kita capai sepanjang menjalani kewajipan selama sebulan Ramadhan ini insyaAllah.

 Buat sahabat-sahabat yang dikasihi teruskanlah berusaha untuk mencapai keredhaanNya dan marilah kita sama-sama menjadikan Ramadhan ini sebagai Ramadhan yang terbaik pernah kita lalui kerana kita tidak tahu samada kita akan sempat untuk menemuinya pada tahun hadapan. Selamat beramal dan Ahlan Wasahlan ya RamadhanĦ­

ps: Emm sekadar memberitahu, insyaAllah diri ni akan kembali ke Mesir meneruskan kesinambungan separuh lagi perjalanan di sana pada 27sept ini dengan penerbangan MAS jam 19:35 insyaAllah.. doakan semuanya kheir ya

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments