Entry: Puasa Syaaban? Monday, September 18, 2006



¡°Assalamualaikum akhi,anta pernah dengar tak selepas 15 syaaban kita tidak dibenarkan atau digalakkan untuk berpuasa.ada orang tanya ana¡­¡±

Begitulah lebih kurang bunyinya sms yang diterima dari seorang sahabat pada suatu malam. Ketika itu ana masih lagi duduk2 kat surau ikhwan sedang bersama-sama jemaah ahli qaryah yang lain sedang mendengar ceramah dari abg Mat tentang isu Lubnan menerusi talian internet kat surau tu. Emmm dalam hati ¡°ramai jugak yang risau dan nak tau ttg perkara ni yer, padahal apa masalah bila orang dah larang puasa sunat?janganlah puasa.puasa je hari lain kecuali kalau mmg kita nak puasa wajib (qada puasa atau puasa nazar)¡± hihi gitulah antara lintasan hati time tu. Sebelum ni perkara yang sama pernah ditanya jugak oleh Ayah Wan yang terus telefon dari Kemaman bertanyakan perkara ni. Katanya kawan dia jugak yang tanya selepas baca tentang tu kat surat khabar.

Emm justeru time tu ana terus sms Ustaz Fauwaz yang jauh ada kat Mesir nuh bertanyakan tentang perkara tu.(bukan takder ustaz kat Malaysia cuma rasa senang juz sms je) jawapan ringkas dari ustaz ¡°ada khilaf, boleh puasa¡± hihi Big Smile mudah je ustaz.

So tu la yang ana jawab untuk sahabat tu. Tapi dalam masa yang sama still tak puas sebenarnya, justeru ana pun buatlah survey sikit selain mendapatkan maklumat dari ustaz-ustaz lain. So apa yang boleh disimpulkan berkenaan puasa selepas nisfu syaaban ni,

Larangan berpuasa selepas daripada 15 syaaban bertitik tolak daripada larangan Rasulullah untuk tidak menyongsong atau berpuasa terlebih dahulu sehari atau dua hari sebelum masuknya bulan Ramadhan sepertimana sabda baginda,

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah saw berkata; janganlah kamu sengaja menyongsong bulan Ramadhan itu dengan berpuasa sehari dua lebih dahulu kecuali bagi orang yang meneruskan puasanya yang tertentu. (Riwayat Muslim)

Jadi berdasarkan ini mereka yang bermazhab syafie mempunyai dua pandangan.

Pandangan Pertama: Haram berpuasa bagi mereka yang sebelum 15 syaaban itu adalah mereka yang sememangnya tidak pernah melazimi dengan berpuasa (maknanya lepas 15 baru je rasa nak puasa padahal sebelum ni taknak puasa pun)

Pandangan kedua : Harus puasa bagi mereka yang selalu berpuasa sebelumnya seperti puasa sunat isnin khamis dan sebagainya.

Pandangan-pandangan ini hanyalah bagi mereka yang nak berpuasa sunat,sedangkan bagi mereka yang nak qada puasa atau berpuasa nazar maka dibolehkan. Ana tak cuba plak cari berdasarkan mazhab lain dan mungkin kalau cari mazhab Maliki, Hanafi atau Hambali ada yang mengharuskan jugak kot. As ustaz Fauwaz pun cakap cam tu kan? Nantilah ditanyakan balik kepada Ustaz Fauwaz. Yang setakat ni tu je la Wallahua¡¯lam.

So sebaiknya kita keluar dari khilaf, takyah la puasa (lagi ok kan) tapi bagi yang nakkk sangat puasa tu boleh je nak puasa as ada pendapat dari mazhab lain yang membolehkannya. Apapun buatlah sesuatu amalan itu dengan seikhlasnya ya J

Baiklah hari ni pun dah masuk 25 Syaaban, bermakna lebih kurang 5 hari lagi kita akan sama-sama menyambut bulan Ramadhan yang penuh berkat dan rahmat tu. Juzteru seruan buat diri dan sahabat-sahabat isilah bulan Ramadhan ini dengan sebaiknya. Jangan lepaskan dan biarkan ia berlalu begitu sahaja memandangkan Ramadhan ini ibaratkan hadiah dari Allah untuk kita kan? So takkan kita ni sombong sangat taknak terima hadiah tu dan buat dekkk je? So terimalah ia dengan sebaiknya. Sama-sama persiapkan diri as orang pernah cakap jugak yang Ramadhan ni ibaratkan madrasah bagi kita ¡®madrasah Ramadhan¡¯ kerana time ni lah kita akan banyak belajar dan belajar untuk jadi insan yang terbaik, berdisiplin dan mengamalkan suruhan Allah dengan sebaiknya. Kalau ikut Ustazah Siti Norbahyah plak, ¡®akademi Ramadhan¡¯ katanya. So as mereka yang baru nak masuk madrasah, baru nak masuk kelas ni, kenelah bersedia dulukan? Baju sekolah kene beli, alat-alat tulis semua, buku-buku nak belajar dan sebagainya. So nak ke ¡®Madrasah Ramadhan¡¯ pun ada persediaan yang tersendiri, kene bersihkan hati, niat betul-betul untuk buat yang terbaik pada Ramadhan kali ni dengar ceramah-ceramah tentang puasa dan ramadhan, tgk balik hukum hakamnya dan sebagainya.okey?

Keylah sampai sini sajalah dulu buat kali ni. Hingga entry yang akan datang yang insyaAllah akan bicara banyak lagi tentang Ramadhan. Moga semua dalam rahmat dan redha Allah selalu.

Jazakumullah Khairan Kathira...

   1 comments

ukhty
September 19, 2006   01:15 AM PDT
 
ada orang bertanya,nak bersihkan hati ni macammana?kita tengok orang makan kita nak makan juga,kita tengok orang enjoy kita nak enjoy juga,
kata saya ,hati ibarat cermin,perlu di gilap setiap hari,cuba lihat cermin sehari tak di gilap ,debu nya bertaburan,nak tengok muka pun tak nampak lagi,yg kita nampak debu nya saja,begitu juga hati,kalau hati kita kotor,diri sendiri pun dah tak nampak lagi.yg kita tahu nak marah,naik angin,hati hasad dengki,tak senang tengok orang senang,dan tak susah pula tengok orang susah,maka itu lah penyakit hati yg kotor.
maka itu wajar lah kita di wajibkan berpuasa,setahun sekali gilap hati kita ni supaya jadi cermin balik,jika hati dah berkilau semua yg kita lihat akan bercahaya,cahaya demi cahaya,hidup berpandukan NURRULLAH,ada pepatah mengatakan,
JIKA ANDA ADA BAYANG INI,MAKA ANDA BUKAN LAH AKU,AKU TIDAK ADA BAYANG,AKU CAHAYA SEMATA,CAHAYA YG ADA PADA DIRI ANDA ITU MENGHALA KE AKU,
riwayat Tasawuf.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments