|
Menemui sahabat-sahabatku di ruang maya ni. Apa khabar semua? Sihat-sihat je la yer. Cukup lama diri ini menghilang kan? Dan mungkin jugak ramai antaranya cam dah tertanya-tanya dah. Jadi untuk itu ampun dan maaf dipinta kerana selalu takder kat teratak ini time antum semua bertandang ke sini. Banyak faktor-faktor yang membawa kepada ketidak 'update'(boleh ke guna istilah tu) blog ini. Cuma rasa tak perlu kot untuk diceritakan kat sini. Baiklah actually banyak perkara nak share dengan sahabat-sahabat sejak ana mula tak 'balik rumah' ni bermula awal Ramadhan lepas (sekarang dah nak habis syawal dah) dengan cerita suasana indah Ramadhan kat sini (still terkenang dan terbayang) kehadiran adik2 baru yang bak tsunami (hampir 500 orang and still tak dapat jumlah yang tepat) sambutan raya tanpa kehadiran dua orang ahli bait tersayang.... Israq dan Syazwan (suka-suka je balik raya kat Malaysia yer) tapi still best jugak sebab mak ayah iqbal datang sini untuk sama-sama beraya (dapat makan nasi bukhari di pagi raya So insyaAllah lain kali la untuk ana ceritakan semuanya as internet kat rumah pun still tak pasang lagi. Ada masalah sikit dengan syarikat internet sini, duit elaun pun tak masuk-masuk lagi. Dan selama ni pun juz guna internet di CC dan baru-baru ni rumah Iqbal baru pasang internet. So boleh la mengupdate blog ni insyaAllah. So takder ape lagi nak diceritakan untuk kali ni. Cukuplah sekadar menyatakan bahawa diri ini masih wujud di dunia yang fana ni. Melalui kehidupan sebagai hamba Allah yang seringkali lalai dengan tuntutan dan tanggungjawab yang diberikan. Mintak sahabat-sahabat pun selalu doakan agar ana terus dikuatkan iman, thabit dalam perjuangan membentuk diri menjadi insan muslim, mukmin yang sebaiknya dan membantu sahabat-sahabat yang lain ke arah itu. Cuma last untuk adik-adik yang baru datang. Rupa-rupanya ramai jugak yang kenal diri ni melalui blog ni. So baru-baru datang ni cubalah jaga sebaik mungkin semangat yang ada untuk terus berjuang dan berjuang mencari apa yang patut dan perlu dicari sepanjang keberadaan kita di sini. Segala mehnah dan kesusahan jadikanlah sebagai cabaran untuk terus mematangkan diri, meng'islah' dan membentuk diri sebagai doktor muslim yang berbakti kepada Agama, nusa, bangsa dan negara InsyaAllah... jangan nano2 ya.
Bergambar bersama anakanda (anak buah) tersayang...
|
| Dr_Kadir November 16, 2006 09:31 AM PST salam alaik... syazwan ke? baru je balik ke mesir smalam. satu rumah dengan ana la tu. emm insyaAllah nanti ana cakap kat dia yer... | ||
| zulwaqar November 16, 2006 05:46 AM PST assalamualaikum..takder ape yang nak dikomen..cuma lama sgt kan tak update blog ni..maybe nta sibuk kot..takpe la..em kenal ke syazwan? dia camne skrg?dah lama tak dengar berita dia..maybe dia dah tak kenal ana kot..dulu dia sekolah alawiyah arau sekali dgn sepupu ana..k , wslm | ||
| Leave a Comment: |