Entry: Berkat dalam usia... Friday, November 17, 2006



Assalamualaikum wbt...

Segala puji bagi diriNya yang masih menggolongkan kita sebagai hambaNya yang Muslim dan Mukmin insyaAllah...

Baru kembali daripada perjalanan selama lebih kurang 2 jam setengah Mansurah-Kaherah. Perjalanan yang jugak merupakan siri jaulah/lawatan ajk-ajk PERUBATAN bertemu dengan ahli-ahli diperingkat Chapter atau muhafazah. suatu lawatan yang cukup best bagi ana. JZKK di atas layanan, sambutan dan ukhwah yang ditunjukkan oleh masyarakat PERUBATAN dan sahabat-sahabat dari kuliah agama di Mansurah. Moga ikatan tersebut akan terus dipererat, dijaga sampai bila-bila. 

Seronok bila dapat jumpe adik-adik baru ni. actually nak kenal dengan lebih ramai lagi namun masa dan ruang yang ada tidak mengizinkan dan sekadar dpat mengingat beberapa nama sahaja, rashid, anfal, khairil, alif, muaz dan kebanyakan ni pelajar-pelajar yayasan terengganu dan kelantan la. apepun adik2 yang lain insyaAllah akan kita berkenalan di lain2 masa yer.nanti datang kaherah boleh taaruf lagi.

Sebenarnya majlis yang dibuat bukan sekadar majlis lawatan ajk tapi jugak merupakan majlis sambutan raya peringkat CHAPTER   MANSURAH. so macam-macam la acara yang diatur dan yang mungkin dapat perhatian sikit maybe persembahan nasyid la oleh pasukan nasyid mansurah (cam pasukan bola je) hihi tak sangka lak aizuddin pun boleh bernasyid. mabruk-mabruk... apapun secara kasarnya Alhamdulillah majlis yang berjalan dapat berjalan dengan sebaiknya walaupun ada beberapa agenda yang sepatutnya diadakan terpaksa dibatalkan.

Cuma sedikit nasihat untuk adik-adikku di Mansurah, yang senior ataupun junior tetapkanlah niat di hati dalam menempuh liku2 kehidupan di Mesir ni. tumpukan perhatian kepada tanggungjawab sebagai pelajar perubatan dan dalam masa yang sama kutiplah sebanyak mana pengalaman dan pengajaran yang dapat diperoleh sepanjang kita di sini.Jaga hubungan dan kesatuan kita sesama pelajar perubatan dan dalam masa yang sama ingat dan sedar tentang keberadaan pelajar-pelajar lain daripada kuliah yang lain jugak dengan masyarakat arab di sekeliling kita. pentingnya kita menjaga hubungan dengan semua pihak dan manafaatkan hubungan yang ada tu dengan sebaiknya, berkawanlah dengan sahabat-sahabat daripada kuliah agama ni untuk kita memantapkan ilmu agama kita, memandu pemikiran dan pandangan kita terhadap sesuatu perkara terutama yang berkaitan hukum hakam dalam agama dan lain-lain lagi... sekadar ingatan bersama yer... apepun bnyak-banyak la berdoa agar diri kita dipandu dalam melakukan ape-ape je perkara sehari-hari. Berusaha mendekatkan diri kepadaNya insyaAllah.

Dalam duduk-duduk tu, datanglah aizuddin bertanya " Abang kadir nak pergi UK?" hihi awat tanya dik oiii " Tak kot, tengoklah dua tahun lagi ke. kenape nak pergi ke?" "a ah kalau kak wani tak balik soifi ni boleh la nak pergi kot" emm pergi la Din selagi ada peluang dan kemampuan ni, pergilah berjalan tgk dunia luar dan banyak-banyak belajar darinya. tapi kalau pergi umrah or haji lebih dulu best jugak Big Smile  emm soifi.... menarik jugak kalau boleh plan lawat ke mana-mana. tapi ke uk tu nanti dulu la yer,insyaAllah ada rezeki sampai jugak ke sana. tadi ada sembang-sembang dengan shuib jugak ttg plan dia nak ke istanbul utk summer camp FIMA, ke syria then balik Malaysia thru Saudi (buat umrah). emm menarik gak tu. takpe nanti fikir betul2.

Emm key la,stakat ni je la dulu juz nak kepilkan kat sini artikel The Zikr minggu ni,moga sama-sama kita beringat..... key jazakumullah khairan kathira...Wink

 
Berkat dalam Usia

Apa khabar hari ni sahabat-sahabat sekalian. Apa khabar iman di hati? Moga senantiasa di bawah panduan dan petunjuk Allah SWT. Segala puji bagiNya yang masih menghidupkan kita sebagai seorang Muslim, memberikan nikmat untuk kita bernafas, menghirup oksigen tanpa bayaran satu sen pun, melakukan aktiviti-aktiviti harian tanpa sebarang masalah dan melalui hari-hari yang ada dengan rahmat dan kasih sayangnya. Segala puji bagi diriNya, Tuhan semesta alam.

 

Justeru atas segala nikmat yang diberikan itu, marilah kita muhasabah diri kembali,.menghisab amal sehari-hari, apakah kita telah melakukan kewajipan kita di muka bumi ini sebagai hamba dan khalifahNya dengan sebaik-baiknya ataupun sebaliknya. Cuba perhatikan, bagaimana kita berpagi-pagi. Pukul berapa kita bangun? Pukul berapa kita bersolat subuh? Adakah dengan berjemaah atau lebih senang dengan berseorangan diri? Selepas solat apa yang dilakukan? Pergi awal kah ke kuliah? Apakah lagi amal soleh yang kita lakukan sepanjang hari? Masih lagikah kita merutinkan diri kita melakukan amal-amal rapu yang tidak membawa apa-apa faedah dan juga tidak langsung mendekatkan diri kepadaNya. Soallah diri kita. Hisablah sebaik-baiknya. Sejujur-jujurnya. Kerana kitalah yang lebih mengetahui apa yang kita lakukan sehari-hari. Apakah membawa kepada ketaatan, ubudiyyah kepadaNya ataupun mampu untuk mengundang murka Allah SWT. Sama-sama kita mohon perlindungan dari perkara tersebut. Sabda Baginda Rasulullah SAW wajar menjadi panduan kepada kita:

Sahabat-sahabat yang dikasihi,

Suka saya memetik kata-kata yang pernah diungkapkan oleh Hujjatul Islam, Al Imam Al Ghazali apabila beliau membicarakan tentang usia manusia. Katanya usia yang telah ditetapkan oleh Allah bagi setiap manusia adalah merupakan modal untuk dirinya beramal. Maka terpulanglah kepada diri seseorang itu menggunakannya. Jika digunakan sebaiknya maka beruntunglah dirinya di akhirat kelak sementara jika tidak maka rugilah dirinya di akhirat kelak. Kalam ini seharusnya menyedarkan kita dan memberikan kita semangat untuk kembali mengoreksi amalan kita sehari-hari agar tidak lari dari matlamat hidup mencari redha Allah SWT. Kerana kita sendiri tidak tahu sekadar mana modal yang diberikan oleh Allah untuk kita lalui sepanjang kehidupan ini. Ada yang diberikan Allah sekadar 20-30 tahun sahaja. Ada yang diperuntukkan lebih lama hingga 100 tahun lamanya. Sabda Nabi:

Umur ummatku adalah antara 60 ke 70

Justeru apa yang patut kita perhatikan bukannya selama mana kita hidup di dunia ini namun sebanyak mana amal yang dapat kita lakukan dalam kita melaluinya. Imam-imam dan tokoh-tokoh besar Islam suatu masa dulu seperti Imam Syafie, Imam Nawawi dan lain-lain kebanyakannya tidak dikurniakan Allah umur yang panjang namun sumbangan mereka terhadap Islam cukup besar dapat dilihat pada hari ini. Betapa berkatnya usia yang Allah kurniakan kepada mereka. Begitulah juga halnya dengan diri kita. Walaupun mungkin kita tidak mampu untuk menjadi seperti mereka. Menyumbang seperti mereka namun kita masih mampu dan berdaya untuk meneruskan hidup ini dengan panduan hidayah daripadaNya. Sama-samalah kita berdoa ke arah itu.

Sahabat—sahabat yang dikasihi,

Pernah suatu hari, Rasulullah menceritakan kepada para sahabat, perihal seorang hamba Allah dari golongan bani Israel yang telah beribadat kepada Allah beribu-ribu tahun lamanya. Allah telah meletakkan dirinya di sebuah pulau seorang diri, dan kemudian telah menumbuhkan sepohon buah yang mengeluarkan buah setiap hari untuk dia makan setiap hari selama dia beribadat hinggalah dia meninggal dunia. Akhirnya tibalah waktu untuk hisaban amal. Setelah ditimbang segala amalan lalu Allah berfirman “Masukkanlah hambaku ini kedalam syurga dengan rahmatKu” namun segera di pintas oleh si hamba Allah tadi “bahkan dengan amalku (amalan dia beribadat selama hidupnya)” Lalu Allah memperkenankannya lalu amalnya kembali ditimbang dan akhirnya melayakkannya untuk masuk ke neraka. Lalu segera si hamba Allah ini memohon keampunan agar dia kembali dimasukkan kedalam syurga Allah dengan rahmat Allah SWT.

Begitulah sahabat-sahabat sekalian, walau sebanyak mana pun amal yang kita lakukan, kita tetap mengharapkan rahmat dan kasih sayang Allah dalam menentukan apakah nasib kita di akhirat kelak. Apatah lagi, kita sendiri tidak tahu bilakah lagi kita akan dijemput oleh Allah mengadapNya di akhirat kelak.

Jauhkan diri daripada melakukan maksiat kepadaNya dalam kita menuntut ilmu kerana Ilmu itu tidak akan pergi kepada mereka yang melakukan maksiat kepada Allah. Hiasilah kediaman kita dengan amal-amal soleh, membaca Al Quran, berzikir dan sebagainya supaya kita sentiasa dikelilingi oleh rahmat Allah dalam perjalanan kita menuntut ilmu di ard kinanah ini. Sama-samalah kita berusaha mendapatkan keberkatan dalam usia yang kita lalui. InsyaAllah...

   4 comments

malaysia web design
June 27, 2009   05:08 AM PDT
 
kalu aku dah lam surender
malaysia web design
June 24, 2009   06:53 AM PDT
 
jauh juga perjalanan tu
fire extinguisher manufacturer
June 11, 2009   04:31 AM PDT
 
memang seronok cara penulisan dia
malaysia seo
April 29, 2009   11:15 AM PDT
 
AKU SUKA BACA BLOG NI

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments